19/07/2021
Jika kita faham dengan jelas apa itu "Waiting Period" medical card maka tiada istilah takaful menipu.
Mari saya terangkan "Waiting Period" secara ringkas:
1. Kemalangan
Immediate after inforce. Anda akan terus dilindungi oleh medical card sekiranya anda mengalami kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan dan anda warded. 100% AIA tanggung. Tanpa Pay & Claim.
Contoh : kemalangan jalan raya, jatuh tangga patah tangan (kecederaan yang tidak dijangka)
2. 30 Hari Polisi Inforce
Hanya penyakit persekitaran yg di cover 30 hari SELEPAS policy inforce. Contoh penyakit persekitaran ialah Denggi, H1N1, stroke haba, HFMD, Malaria dan Kencing Tikus.
3. 120 Hari Polisi Inforce
Setelah 120 hari, barulah penyakit specific seperti Migrain, Tonsil, Darah Tinggi, Buah Pinggang, Jantung, Cancer dan lain-lain akan dicover. PAY & CLAIM mungkin akan berlaku disini dimana pihak AIA berhak untuk investigate dahulu adakah client memang dah ada penyakit sebelum ini ataupun tidak.
Jika mmg tiada penyakit tersebut sebelum ini, maka AIA akan membayar balik kos rawatan.
4. 2 tahun Policy Inforce
SEMUA penyakit akan dicover TANPA βPAY & CLAIMβ
Disebabkan waiting period 2 tahun ini yang menyebabkan ramai ejen diluar sana sentiasa menekankan betapa pentingnya mengambil medical card seawal mungkin.
Kerana kebiasaan, diusia muda, kita masih lagi (boleh dikatakan) dalam keadaan 100% sihat dan dapat melepasi waiting period 2 tahun itu tanpa sebarang masalah.
Sekiranya anda sudah mempunyai medical card dan telah melepasi waiting period ini, jagalah sebaiknya polisi anda. Kerana ianya adalah dana kecemasan yang amat diperlukan, andai kata musibah melanda kita.