20/05/2021
STATUS RUMAH WARIS ATAS TANAH PUSAKA
Dengan kebenaran ibu saya, saya membina rumah atas tanah miliknya. Kos pembinaan rumah adalah 100% dari saya. Apabila ibu meninggal, adakah rumah itu dikategorikan sebagai harta pusaka arwah ibu, atau hanya tanah tersebut sahaja sebagai harta pusaka, sebaliknya rumah tidak jatuh sebagai harta pusaka?
Mengikut hukum pusaka Islam, tanah tersebut jadi harta pusaka arwah ibu. Walau bagaimanapun, rumah tersebut 100% milik tuan rumah itu, yang membinanya dengan izin tuan tanah.
Walaupun begitu, malangnya bagi tuan rumah, pemilikannya tidak diiktiraf oleh undang- undang tanah di negara kita yang berteraskan sistem toren. Maknanya, jika kes dibicarakan di pusaka kecil, pegawai pusaka akan bahagikan tanah dan rumah itu sekali gus mengikut faraid kerana definisi tanah mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) adalah termasuk apa-apa yang melekat pada tanah, termasuklah rumah yang didirikan atas tanah tersebut. Maka, rumah pun termasuk dalam kategori harta pusaka arwah ibu.
Inilah antara kelompangan sistem toren, satu sistem yang dicipta oleh manusia yang mempunyai kelemahan-kelemahannya. Perkara ini penulis percaya boleh dipinda.
Bagi mempertahankan hak waris yang membina rumah tersebut, setakat buku ini ditulis, penulis nampak waris tersebut boleh cuba menuntut haknya secara ekuiti sebagai tuan rumah agar dirinya dipampas secara adil.
Hujahan yang boleh cuba diketengahkan adalah, tuan rumah bukannya setinggan (squatter simpliciter) yang menceroboh dan mendirikan rumah atas tanah tersebut. Rumah tersebut didirikan dengan keizinan pemilik tanah. Ini menjadikan tuan rumah sebagai pemegang berlesan (licensee holder).
Apabila tanah berpindahmilikan dengan sebab berlakunya turun milik akibat kematian, maka hak tuan rumah sebagai pemilik bangunan atas tanah perlu dipampas sewajarnya atas asas sebagai pemegang berlesen (licensee holder) itu tadi.
Dalam hal ini, pegawai pusaka atau mahkamah perlu kreatif (demi mencapai keadilan), contohnya dengan memasukkan pengecualian dalam senarai harta tak alih si mati.
Misalnya, harta tak alih si mati ialah H.S.(M) 1111, No. Lot 2222, Mukim Indah Permai, Daerah Aman Damai, Negeri Sejahtera (sebuah rumah yang didirikan atas tanah berkeluasan 2000 kaki persegi dikecualikan atas sebab ia bukan milik si mati).
Atau mungkin Mahkamah Syariah boleh keluarkan perintah pengesahan bahawa rumah tersebut bukan harta pusaka. Isu ini boleh dikiaskan dengan perbincangan ulamaโ tentang pokok yang ditanam oleh orang lain atas tanah pusaka dengan izin pemilik tanah sebelum pemilik tanah meninggal dunia.
Ini adalah antara isu-isu harta pusaka di negara kita yang penulis nampak belum ada kaedah penyelesaian terbaik yang mudah bagi waris, kecuali adanya persepakatan.
Perlu difahami bahawa hak ekuiti yang penulis maksudkan ialah hak pampasan atas bangunan yang didirikan, tetapi bukanlah hak pemilikan tanah itu sendiri.
Kredit : Tuan Ahmad Termizi Abdullah FB : Termizi : https://www.facebook.com/Termizi-1139Kredit : Tuan Ahmad Termizi Abdullah FB : Termizi : https://www.facebook.com/Termizi-1139
http://pustakamizi.com/.../soal-jawab-pusaka-siri-ii-e...
Anda boleh terus ke URL ๏ https://system.puravida.asia/ewasiat/borang untuk membuat pendaftaran secara online.
Jika anda berminat untuk mendapatkan informasi mengenai Perancangan dan Pengurusan Pusaka (Wasiat), Hibah dan Amanah? anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan khidmat perundingan secara PERCUMA. Kami sedia membantu dan mendengar segala pertanyaan anda.
En Agus WA @ https://wa.link/9tbhkk
En Shah WA @ https://wa.link/b1h4pl
Email : [email protected]
Atau anda boleh layari ke
Website ๏ https://puravida.asia/maabsa/
Facebook ๏ https://www.facebook.com/maabshahalam
Untuk info-info terkini berkenaan produk-produk kami.