Amazing Tutup Hutang

Amazing Tutup Hutang Kami akan bantu Anda sebaik mungkin. Dengan izin dan perancangan Allah semua pasti lancar, berjaya dan sama-sama BERUNTUNG!

cnp via wa grp:-_*Kesah Nyata di Bulan Ramadhan - Ambil Iktibar*_4 Hari Berturut-Turut Mereka Berbuka Di Masjid… Sampai ...
26/02/2026

cnp via wa grp:-

_*Kesah Nyata di Bulan Ramadhan - Ambil Iktibar*_

4 Hari Berturut-Turut Mereka Berbuka Di Masjid… Sampai Aku Sendiri Tak Tahan Air Mata

Ramadhan kali ini Allah bagi aku satu pelajaran yang aku rasa ramai patut baca sampai habis.

Sebagai AJK masjid, setiap petang memang aku ada awal untuk uruskan juadah berbuka. Hari pertama aku perasan satu keluarga kecil suami, isteri dan tiga orang anak.

Datang awal.
Duduk di hujung saf.
Ambil makanan sekadar perlu.
Tak pernah tambah.
Tak pernah berebut.

Aku fikir mungkin musafir.

Hari kedua… ada lagi.
Hari ketiga… masih sama.
Masuk hari keempat, hati aku mula tak sedap.

Petang itu aku ambil satu dulang dan duduk sekali dengan mereka.

Aku tegur abang tu perlahan,
“Abang duduk mana?”

Dia senyum. Tapi senyum dia bukan senyum orang tenang. Senyum orang yang sedang menahan sesuatu.

Selesai makan dan solat Maghrib, dia tarik nafas panjang.

“Tuan… boleh saya minta izin? Kalau boleh kami nak berbuka di sini sepanjang Ramadhan.”

Nada suara dia berubah.

Aku tanya, “Kenapa bang?”

Dia tunduk lama sebelum jawab.

“Saya baru hilang kerja. Kilang tutup dua minggu lepas. Duit simpanan dah habis. Rumah sewa tertunggak. Elektrik dah kena potong. Dalam rumah ada beras sikit je. Nak masak pun tak boleh.”

Isterinya diam. Anak-anak p**a makan bersih satu persatu. Tak ada perangai. Tak ada merengek.

“Tiap hari saya keluar cari kerja. Tapi belum ada rezeki. Saya tak minta duit tuan… saya cuma minta izin. Biar anak-anak saya tak tidur lapar.”

Ayat tu tembus terus ke dada aku.

Tiba-tiba anak sulung dia bersuara kecil,
“Abah, tak apa. Kat masjid best. Ramai orang.”

Dia cuba kuatkan ayah dia.

Allahu…

Kita kadang-kadang ambil makanan lebih sebab takut tak cukup.
Kita kadang-kadang komplen lauk tak sedap.
Tapi ada orang datang masjid sebab itu saja tempat yang masih ada lampu dan makanan panas.

Malam itu kami AJK sepakat bantu senyap-senyap. Bayarkan elektrik, hulur sedikit belanja dapur, dan usahakan kerja melalui kenalan jemaah.

Tapi yang paling aku tak boleh lupa…

Seorang ayah yang sanggup telan ego,
bukan untuk dirinya,
tapi untuk anak-anaknya.

Ramadhan bukan sekadar tentang pahala terawih.
Ramadhan adalah tentang kita nampak atau tidak orang yang duduk sebelah kita.

Aku nak tanya jujur…

Kalau hari ini Allah cukupkan rezeki kita,
berapa kali kita tengok kiri kanan sebelum ambil makanan?

Dan kalau kita nampak keluarga macam ni di masjid…
adakah kita tegur?
atau kita hanya pandang sekali lalu?

Kalau kau baca sampai sini, aku minta satu je:

Tolong jangan ambil makanan berlebihan waktu berbuka.
Dan kalau ada kemampuan, hulurkan bantuan walau sedikit.

Mungkin bagi kita kecil.
Tapi bagi mereka… itu maruah yang sedang diselamatkan.

Kalau kau setuju, tinggalkan satu ❤️ di komen.
Dan kalau kau pernah berada di tempat abang ini, tulis “Saya pernah” supaya orang lain tahu, ujian ini benar-benar wujud.

Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar kita kenyang…
tapi kita jadi manusia.

Sumber : Izrien TPP (Kisah benar untuk di tauladani)

18/02/2026

Jika Ini Ramadhan Ku Yang Terakhir,
Inilah Azam Ku Untuk Ramadhan Kali Ini 1447..

Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,
aku tidak mahu ia berlalu seperti tahun yang sudah,
datang dengan harapan,
pergi tanpa perubahan.

Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,
aku mahu sujudku lebih lama,
air mataku lebih jernih dan jujur,
dan hatiku lebih tunduk dan pasrah.
di hadapan Tuhan yang tidak pernah meninggalkan aku
walau aku sering lalai mengingatiNya.

Inilah azam ku,
untuk Ramadhan kali ini.

Aku mahu memaafkan sebelum meminta maaf,
melepaskan dendam sebelum ia membakar jiwa,
dan memeluk manusia
dengan kasih yang selama ini tertangguh.

Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,
aku mahu Al Quran menjadi sahabatku,
bukan sekadar bacaan di bibir,
tetapi cahaya yang menuntun langkah
ketika dunia semakin gelap.

Aku mahu sedekahku lebih banyak daripada kiraan akal
kerana aku tahu
yang kembali kepadaku bukan wang dan harta bertimbun,
tetapi rahmat dan Redha Illahy yang ku pohon .

Aku mahu bangun malam
walau tubuh berat,
kerana mungkin satu malam itu
Allah sedang menunggu aku
untuk mengangkat doa yang sekian lama tertunda.

Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,
aku mahu menjadi manusia yang lebih lembut,
lebih sabar,
lebih dekat kepada keluarga,
lebih peduli kepada yang derita.

Aku mahu meninggalkan dunia
dengan jejak kebaikan
yang terus hidup
walau jasadku telah pergi.

Ya Allah,
jika benar ini Ramadhan terakhirku,
jangan Engkau biarkan aku mensia-siakannya.

Ampunkan dosaku yang menggunung,
terimalah amal yang sedikit,
dan tulislah namaku
dalam kalangan hamba yang Engkau bebaskan
dari api neraka.

Ramadhan ini,
aku datang dengan harapan,
aku p**ang dengan keampunan.

Dan jika aku masih diberi usia selepasnya,
biarlah aku keluar dari Ramadhan
sebagai manusia yang baru.

Inilah azam ku.
Azam seorang hamba
yang terlalu banyak kekurangan,
tetapi masih berharap
kepada kasih Tuhan.

Cikgu Azmi
Merbok
1 Ramadhan 1447H.

12/12/2025
18/09/2025
🔥 *Step by step Kuasa : Close Jualan Secara Automatik Dengan Kuasa AI Chatbot*Tahniah kerana telah mendaftar sebagai sal...
04/08/2025

🔥 *Step by step Kuasa : Close Jualan Secara Automatik Dengan Kuasa AI Chatbot*

Tahniah kerana telah mendaftar sebagai salah satu pengguna sistem Kuasa 🥰 Sebagai reminder, hari Isnin ini Kuasa akan adakan online session iaitu *Step by Step Kuasa* bersama Tuan Rahman Basri. Di bawah adalah maklumat Kelas Online nanti ya:

Tarikh : 04/08/2025 (Isnin)
Masa : 12.00 PM - 1.00 PM
Platform : Zoom Online
Tajuk : Step by step Kuasa - Close Jualan Secara Automatik Dengan Kuasa AI Chatbot

Link Pendaftaran : Klik link di bawah

https://bit.ly/sbsk-04082025-kx
https://bit.ly/sbsk-04082025-kx
https://bit.ly/sbsk-04082025-kx

Reply *SUDAH* kalau anda sudah berjaya daftar 😁

𝗝𝗢𝗠 𝗚𝗥𝗔𝗕 𝟮𝟬𝟬𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔!  10am @ 28 Julai 2025Rebut peluang untuk lock 200g pertama dengan harga RM485/g. Sertai live tikt...
28/07/2025

𝗝𝗢𝗠 𝗚𝗥𝗔𝗕 𝟮𝟬𝟬𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔!
10am @ 28 Julai 2025

Rebut peluang untuk lock 200g pertama dengan harga RM485/g. Sertai live tiktok dan lock gram emas anda!

Siapa cepat, dia dapat! Tawaran eksklusif ini hanya untuk 200g pertama sahaja — jangan tunggu lama!

𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦? Jangan risau! Tak perlu berhimpun. Kami akan berbincang dan minta tuan PB untuk naikkan lagi kuantiti. 😉

Macam mana? Yang penting, lock gram emas anda — teruskan langkah bijak dengan akaun Emas 999.9 (e-Gold) Kelantan Gold Trade!

Belum ada akaun? Daftar sekarang di
👇🏾👇🏾👇🏾
https://ednd.my/signup?ref=KGT4894N

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 (10.07.2025 | KHAMIS)     Penyimpan emas yang bijak tahu bila nak bertindak dan sekarang adalah masa...
10/07/2025

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 (10.07.2025 | KHAMIS)

Penyimpan emas yang bijak tahu bila nak bertindak dan sekarang adalah masanya untuk meningkatkan simpanan emas anda!
Ingat, simpanan emas bukan sahaja untuk masa depan, tapi juga perlindungan kewangan hari ini. 💪
Jom mulakan simpanan emas bersama Kelantan Gold Trade dengan serendah RM23 sahaja!

https://ednd.my/signup?ref=KGT4894N Tiada istilah terlambat dalam simpanan emas. 😉
Pendaftaran akaun EDND boleh dilakukan menerusi :
https://ednd.my/signup?ref=KGT4894N

📱Sebarang pertanyaan, hubungi :
http://www.wasap.my/601111685301/kgt

Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia | Awani
04/07/2025

Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia | Awani

Memorandum Kerjasama ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia dari 24 hingga 25 Jun lepas.

15/05/2025
20/04/2025
Berwaqaf…. Jalan menutup HUTANG
21/03/2025

Berwaqaf…. Jalan menutup HUTANG

Address

NO. 19 Jalan NOVA U5/70, SUBANG BESTARI
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Tutup Hutang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share