27/11/2020
🕌
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sedikit perkongsian "term" yg nampak mudah tetapi masih ramai yg masih keliru. Saya kongsikan sebab setiap minggu ada sahaja soalan berkaitan pro-rata ini baik untuk dividen ASBF atau pun pelaburan EPF akaun 1.
Memang kerja kami untuk share bagi kefahaman semua client. Agak matematik sedikit penerangannya tapi saya cuba mudahkan sebaik mungkin.
Persoalan yang berkaitan dengan pro-rata contohnya;
1. Jangan invest EPF akaun 1 di unit amanah sekarang (hujung November sedangkan fund sedang mencanak naik). Tunggu bulan January selepas cut-off dividen EPF. Case ini berlaku pada saya sendiri dan soalan tu datang dari seorang kawan.
Katalah sejumlah RM10k nak diambil keluar daripada Akaun 1, off course atas recomendation fund manager, statistik dan lain2.
Soalan adakah 10k yg tersimpan sejak 1/1/2020 sehingga 30/11/2020 tu tidak akan menerima sebarang dividen langsung daripada EPF?
Bagi memudahkan kiraan, kita anggap dividen tahun ini adalah 6%. Jadi bagi COMPLETE DIVIDEN SETAHUN dividen EPF daripada jumlah 10K tadi adalah 6% x RM 10,000 = RM 600.
Bagaimana mereka yg bawak keluar duit pada hujung bulan 11. Rugi? Tak merasa dividen langsung ke? Jawapannya dapat secara pro-rata. Iaitu 11/12 x 6% x RM 10,000 = RM 550. Kurang lah RM50, bukan tak dapat langsung.
2. Satu lagi contoh ada client yg apply ASBF pada bulan October 2020 tapi nak start bayar pada bulan January 2021. Katanya rugi lah nanti dividen tak penuh.
Untuk memudahkan pengiraan anggap dividen 5.5 %. Kalau sijil ASB beliau 100k dan start 1 January 2020, maka 1 January 2021 akan dapat full dividen 5.5% x RM100,000 = RM 5,500.
Kalau start ASBF pada 1 October 2020, nanti 1 Jan 2021 akan dapat dividen pro-rata iaitu; 3/12 x 5.5% x RM 100,000 = RM1,375. Oklah untuk 3 bulan. So next year 2021 akan dapat full dividen.
Ada banyak lagi contoh pro-rata yang lain.
Disclaimer: rate EPF dan dividen ASB di atas adalah contoh sahaja bagi tujuan pembelajaran.
Our page has reached over 1000 likes. Thanks for your support everyone 🙌 Have a fabulous weekend ❤️
https://www.facebook.com/114316963612334?referrer=whatsapp
ASBF Financing, Personal Financing & Credit Cards