13/01/2022
Mempunyai perlindungan medikal bukanlah dapat mengelakkan anda daripada terkena sesuatu penyakit mahupun kemalangan, tetapi dapat mengurangkan azab yang ditanggung oleh anda sekiranya kos rawatan mencecah ribuan ringgit malahan sehingga mencecah harga sebiji rumah utk kos rawatan!
Sudah jatuh, ditimpa tangga.. sudah sakit tiada kewangan/tabung yang cukup.
Rawatan perlu disegerakan bagi mengurangkan komplikasi lain yang akan muncul. Jadi anda semua dah ada satu tabung yang cukup banyak sekiranya anda jatuh sakit atau kemalangan?
Pergi ke hospital kerajaan adalah salah satu alternatif untuk kita mengurangkan kos rawatan, tetapi kene ingat..tidak semua rawatan adalah percuma di sana, tambahan anda perlu menunggu giliran yang lebih lama untuk sesuatu rawatan. Jikalau mendapat rawatan yang lambat juga boleh mengakibatkan komplikasi lain yang timbul..adakah kita sebenarnya menjerat diri sendiri untuk berada dalam keadaan lebih bahaya jikalau penyakit sedia ada boleh membawa kepada keadaan lebih teruk seperti kematian kerana tidak dapat dirawat lebih awal kerana tidak mempunyai dana yang cukup?
Tak perlu tunggu 'KAYA' baru nak buat perlindungan. Ukur baju pada badan sendiri. Mampu buatlah coverage yang besar, kalau kurang berkemampuan, buatlah yang basic pun tak mengapa janji jikalau sesuatu berlaku, anda dah ada satu perlindungan medikal yang tak perlu anda risau lagi.
Banyak kita boleh ambil iktibar di media sosial, dimana ramai individu terpaksa bertarung nyawa lebih lama untuk menunggu sesuatu dana untuk kos rawatan lengkap, baru boleh pergi ke rawatan seterusnya. Terlalu ramai yang meminjam, meminta ihsan rakyat, sama ada di facebook, instagram, siaran television, radio dan agensi2 yang sepatutnya bagi membenarkan mereka meminjam wang, tapi malangnya sebahagian kes tidak dapat diselesaikan dan tidak boleh pergi ke rawatan susulan seterusnya dan permohonan rawatan terpaksa ditunda mahupun ditolak.
Gara-gara nak jimat duit parking kereta,
Kita parking di tempat awam membuta-tuli,
Gara-gara nak jimat caruman takaful yang hanya tidak sampai 10% pendapatan anda sebulan, anda terpaksa menanggung kos rawatan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit apabila sakit.
Rancang masa depan, buat pilihan yang bijak. Sedikit celik dalam pengurusan kewangan dan perlindungan, dapat mengelakkan anda jatuh miskin dan meminta-minta. Faham ke faham? ๐