Faisal Malik Co

Faisal Malik Co FMC [Chartered Accountant]
We provides consulting and advisory on:
Business and Corporate Advisory

Mac 2026 menyaksikan 5,900 orang hilang kerjaDengan Selangor paling ramai dan Kuala Lumpur di tempat kedua. Angka ini be...
18/04/2026

Mac 2026 menyaksikan 5,900 orang hilang kerja

Dengan Selangor paling ramai dan Kuala Lumpur di tempat kedua. Angka ini besar untuk sebulan kerana jauh lebih tinggi berbanding purata bulanan sekitar 3,000 kes pada 2025. Ia belum sampai ke tahap krisis seperti waktu PKP, tetapi jelas menunjukkan ekonomi sedang berada dalam keadaan ketat.

Kenapa Selangor dan KL paling terkesan?
Sebab dua kawasan ini ialah nadi ekonomi negara. Selangor banyak bergantung pada sektor kilang, gudang dan ibu pejabat korporat, manakala KL p**a tertumpu pada sektor servis, startup, IT dan media. Bila syarikat mula berjimat, mengecilkan operasi atau membekukan pengambilan pekerja, kawasan Lembah Klang memang terasa dulu.

Antara sektor yang dipercayai paling terkesan ialah pembuatan dan E&E, teknologi dan startup, retail/F&B, serta logistik. Puncanya datang daripada gabungan beberapa tekanan serentak: permintaan global yang perlahan, kos operasi yang meningkat, harga minyak yang tidak menentu, faedah tinggi, dan perubahan teknologi seperti AI serta automasi.

Kerajaan memang ada usaha seperti reskilling, PERKESO SIP, dan MyFutureJobs, tetapi masalah utamanya ialah jurang antara bantuan jangka panjang dengan keperluan hidup hari ini. Orang yang baru hilang kerja perlukan pendapatan segera, bukan sekadar janji peluang masa depan. Tambahan p**a, ramai pekerja kontrak atau berusia mungkin sukar menyesuaikan diri dengan kerja baharu yang lebih teknikal.

Hakikatnya, isu ini bukan salah satu pihak sahaja. Ia berpunca daripada tekanan global, perubahan teknologi, dasar penjimatan, kelembapan ekonomi luar, dan kos sara hidup yang makin menghimpit. Bila permintaan pengguna turun, syarikat kecil dan sederhana akan mula potong kos, dan pekerja biasanya jadi mangsa paling awal.

Kesimp**annya, angka 5,900 itu bukan sekadar statistik. Ia bermaksud ribuan keluarga sedang bergelut untuk bayar komitmen bulanan, menyara anak, dan teruskan hidup. Tahun 2026 nampaknya bukan tahun yang mudah. Jadi bagi yang masih bekerja, pegang kerja sebaik mungkin. Bagi yang terkesan, segera cari bantuan, tuntut hak, tambah kemahiran, dan elakkan rasa malu untuk mula semula.

Santai Sabtu, 18 April 2026

11 APRIL 2026 BERIAT PERDANA RTM1: BANTUAN KHUSUS INSTITUSI PERNIAGAAN SME

15/04/2026

KUALA LUMPUR, 11 April โ€“ Bantuan khusus yang disedia institusi perbankan mampu menyokong kelangsungan operasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini.RINGKASAN BERITA AI โˆ’ Penjadualan semula bayaran dan sokongan sementara kritikal untuk meng...

๐…๐Œ๐‚ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐”๐ข๐“๐ŒFMC dengan penuh rasa berbesar hati menerima jemputan kepada Peng...
13/04/2026

๐…๐Œ๐‚ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐”๐ข๐“๐Œ

FMC dengan penuh rasa berbesar hati menerima jemputan kepada Pengarah Rakan Kongsi Kump**an FMC, Tn. Hj. Mohamad Faisal , sebagai salah seorang Profesor Adjung Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor dalam sesi Syarahan Perdana bersama warga Fakulti Perakaunan.

Sesi berprestij ini turut menampilkan Ketua Akauntan Negara Malaysia dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia, YBhg. Datoโ€™ Zainani Jusoh, sebagai panel utama, menjadikan platform ini sangat bermakna dalam perkongsian ilmu dan pengalaman kepada para pelajar.

Dalam sesi tersebut, Tn. Hj. Mohamad Faisal telah mengupas topik:
โ€œPengurusan Kewangan Mampan di Sektor Entiti Tidak Tersenarai termasuk SMEโ€

Beliau turut berkongsi pandangan bernilai berkaitan:
โœ”๏ธ Keperluan graduan masa kini untuk kekal relevan
โœ”๏ธ Kepentingan daya saing dalam dunia pekerjaan
โœ”๏ธ Persediaan menghadapi cabaran kerjaya masa hadapan

Beiau juga berkongsi secara ringkas berkaitan Falsafah penting dalam pengurusuan kendiri dan kelestarian dalam konteks peradaban Islam, Jepun dan Cina.

Kupasan yang disampaikan adalah sangat bersesuaian dengan audiens dalam kalangan pelajar, sekaligus memberi pendedahan praktikal dan perspektif industri yang amat diperlukan.

FMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Perakaunan UiTM, Dekan, Timbalan Dekan dan seluruh warga diatas jemputan ini dan berharap jalinan kerjasama antara industri dan akademia akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

11/04/2026

๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž ๐Š๐ž๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐จ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐ž๐ซ๐š ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐ ๐ž๐จ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š

12.04.2026 | Berita Perdana RTM1

Berita Perdana 8pm https://www.youtube.com/watch?v=G8rjVo9sf-A .
Berita Tengahari https://www.youtube.com/watch?v=nwjSD6Xq8oY

Dalam ulasan yang disiarkan menerusi Berita Perdana dan Berita Tengahari RTM pada 12 April 2026, Mohamad Faisal menekankan bahawa bantuan kewangan sementara kepada peniaga memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan mikro ekonomi, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan global seperti tekanan kos akibat konflik antarabangsa.

Beliau menjelaskan bahawa manfaat utama bantuan ini adalah dari sudut kelegaan aliran tunai (cash flow relief) yang membolehkan peniaga:
* Mengekalkan kecairan untuk operasi harian * Mengelakkan penggunaan hutang tidak produktif
* Menyesuaikan strategi perniagaan mengikut keadaan semasa

Selain itu, bantuan seperti moratorium dan penjadualan semula bayaran terbukti kritikal dalam mengelakkan gangguan operasi, termasuk memastikan:
* pembayaran gaji pekerja berterusan
* komitmen sewaan dipenuhi
* rantaian bekalan tidak terjejas

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bantuan ini bersifat jangka pendek (short-term relief) dan bukan penyelesaian mutlak kepada daya tahan ekonomi.

Adj Prof Mohamad Faisal  have been invited as a keynote speaker for the Session on Governance, Accounting & Compliance i...
11/04/2026

Adj Prof Mohamad Faisal have been invited as a keynote speaker for the Session on Governance, Accounting & Compliance in WaqfTech at the Global WaqfTech Conference 2026 in Tenera Hotel Bangi.

I had the opportunity to share insights on:

โ€œFrom Trust to Transformation: Strengthening Waqf Governance in the Digital Ageโ€

Waqf has always been built on amanah (trust), but in todayโ€™s increasingly complex and transparency-driven environment, trust alone is no longer sufficient. Strengthening governance is critical to unlocking the true potential of waqf as a sustainable socio-economic driver.

In the session, I highlighted:
- The governance gaps limiting waqf effectiveness today
- The importance of an integrated governance framework combining Shariah principles with global standards (AAOIFI, IFRS, MCCG, S17A)
- The role of WaqfTech in enhancing transparency, accountability, and real-time oversight

Ultimately, the future of waqf depends on our ability to move from trust-based systems to structured, technology-enabled governance.

It was a privilege to engage with fellow experts, policymakers, and industry leaders in shaping the future of waqf.

๐’๐ญ๐š๐ฒ ๐‚๐š๐ฅ๐ฆ, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ !Di tengah situasi peperangan semasa, ramai yang semakin ragu-ragu terhadap pasaran dan ...
30/03/2026

๐’๐ญ๐š๐ฒ ๐‚๐š๐ฅ๐ฆ, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ !

Di tengah situasi peperangan semasa, ramai yang semakin ragu-ragu terhadap pasaran dan ekonomi. Terdapat ketidakpastian yang tinggi tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Dalam masa yang sama, kita melihat dua aliran pemikiran yang semakin ketara, sering dipengaruhi oleh โ€œpakar geopolitik segeraโ€, daripada akauntan, jurutera yang bertukar menjadi penganalisis perang, hingga pelbagai pihak lain yang mengemukakan pandangan yang kuat dan berbeza.

Izinkan kami berkongsi perspektif kami. Dengan pengalaman menghampiri 30 tahun, kami telah secara konsisten mengumpul dan mengemas kini data bagi setiap krisis utama. Maklumat ini telah digunakan dalam unjuran pasaran modal, perancangan strategik, serta proses membuat keputusan bagi pelanggan individu dan korporat.

๐‘พ๐’‰๐’‚๐’• ๐’…๐’๐’†๐’” ๐’•๐’‰๐’Š๐’” TABLE ๐’•๐’†๐’๐’ ๐’–๐’”?
Apa yang naik pasti akan turun, dan begitu juga sebaliknya. Setiap krisis mempunyai tempoh masanya tersendiri, dan setiap peperangan akan diikuti dengan proses pemulihan.

Perkara paling penting adalah jangan biarkan ketakutan melumpuhkan kita. Elakkan membuat keputusan yang didorong oleh panik, seperti menjual aset-aset penting, atau terlalu terpengaruh dengan pandangan ekstrem dari mana-mana pihak seolah-olah dunia akan berakhir esok.

YA, ia memang tidak pernah mudah. Namun begitu, kekal rasional, sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat, dan sedar bahawa dalam setiap krisis, sentiasa ada peluang.

Sumber bacaan untuk SME:
i- Stress test kepada SME https://faisalmalikco.com/stress-test-kepada-sme/
ii- Senarai semak kewangan SME https://faisalmalikco.com/senarai-semak-sme-untuk-kekal-relevan-diera-krisis-covid-19/

Salam, Faisal Malik
https://www.facebook.com/share/p/1KKQNh3sp2/

๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‡๐’Š๐’‚๐’:
๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘– ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘ก๐‘ข๐‘—๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘™๐‘ข๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘ข๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘›๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›, ๐‘˜๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘“๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘™. ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘—๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘  ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘™๐‘ข๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘™ ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘–. ๐‘ƒ๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘‘๐‘–๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘›๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘˜๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘“๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘™ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘š ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ก ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘–๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘Ž๐‘›, ๐‘˜๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›. ๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘– โ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘ก๐‘ข๐‘—๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘œ๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘๐‘’๐‘˜๐‘ก๐‘–๐‘“.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Pergi ke ladang menanam padi,Padi tumbuh menghijau rata,Selamat Hari Raya Aidilfitri,Semoga...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pergi ke ladang menanam padi,
Padi tumbuh menghijau rata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Semoga bahagia sepanjang masa.

Maaf Zahir Dan Batin

Ikhlas dari
Faisal Malik, FMC

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒ™โœจDi saat kita menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa, marilah kita sam...
19/03/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒ™โœจ

Di saat kita menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa, marilah kita sama-sama merenung keadaan dunia yang semakin mencabar. Kemelut geopolitik yang tidak berkesudahan, ketidaktentuan ekonomi global, serta kepimpinan dunia yang sering diuji dengan konflik dan perpecahan, semuanya memberi kesan, secara langsung atau tidak, kepada kehidupan kita di tanah air.

Dalam suasana ini, Aidilfitri mengingatkan kita tentang nilai kesederhanaan dan berjimat cermat. Berbelanjalah dengan bijak, hargai setiap rezeki yang ada, dan elakkan pembaziran. Sesungguhnya, kekuatan kita bukan terletak pada kemewahan, tetapi pada keupayaan kita untuk bersyukur dan mengurus dengan amanah.

Namun di sebalik segala cabaran dunia, jangan kita lupa asas yang paling penting, keluarga. Eratkan silaturahim, hulurkan kemaafan, dan peliharalah kasih sayang sesama kita. Di sinilah letaknya kekuatan sebenar masyarakat kita.

Marilah kita terus menyayangi Malaysia, memupuk keharmonian antara kaum dan agama, serta menjadi rakyat yang matang dan bertanggungjawab. Dalam dunia yang berkecamuk, kita mampu menjadi contoh sebuah negara yang aman, bersatu, dan penuh ihsan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan, kebijaksanaan, dan ketenangan dalam menghadapi masa depan. ๐ŸŒ™โœจ

Ikhlas,
Faisal Malik

๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐ฏ๐ž: ๐Ž๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ ๐–๐ข๐ญ๐ก๐ข๐ง ๐”๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข๐ง๐ญ๐ฒSepanjang sejarah pasaran kewangan global, satu perkara sentiasa terbu...
10/03/2026

๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฉ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐ฏ๐ž: ๐Ž๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ ๐–๐ข๐ญ๐ก๐ข๐ง ๐”๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข๐ง๐ญ๐ฒ

Sepanjang sejarah pasaran kewangan global, satu perkara sentiasa terbukti benar, ketidaktentuan geopolitik sering mencipta dislokasi pasaran yang akhirnya membuka peluang luar biasa kepada pelabur jangka panjang.

Ketegangan terkini antara Amerika Syarikat dan Iran telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur global. Tajuk berita dipenuhi dengan risiko geopolitik, volatiliti harga minyak, dan potensi ketidaktentuan ekonomi.

Reaksi semula jadi pasaran dalam fasa seperti ini biasanya adalah berhati-hati. Modal menjadi defensif. Sentimen menjadi lebih sensitif terhadap risiko.

Namun bagi pelabur strategik, tempoh seperti ini bukan sekadar tempoh risiko, ia juga sering menjadi tempoh penentuan posisi (positioning phase) untuk kitaran pertumbuhan seterusnya.

Jika kita meneliti sejarah pasaran sejak abad ke-20, satu pola yang menarik sering muncul. Selepas konflik besar yang melibatkan Amerika Syarikat, termasuk World War II, Korean War, Vietnam War, Gulf War dan Iraq War, pasaran ekuiti secara konsisten menunjukkan keupayaan untuk pulih dan berkembang dengan signifikan dalam dekad berikutnya.

Bukan kerana konflik tersebut membawa manfaat, tetapi kerana ekonomi global mempunyai sifat asas yang sangat kuat:
ketahanan (resilience), inovasi, dan pertumbuhan jangka panjang.

Ketika sentimen pasaran dipengaruhi oleh ketakutan jangka pendek, valuasi aset berkualiti kadangkala mengalami temporary dislocation, keadaan di mana harga tidak lagi mencerminkan nilai intrinsik jangka panjang.

Bagi pelabur institusi dan pelabur bernilai tinggi, inilah saat di mana disiplin pelaburan memainkan peranan yang paling penting.

Seperti yang sering diungkapkan oleh Warren Buffett:

โ€œ๐ต๐‘’ ๐‘“๐‘’๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘“๐‘ข๐‘™ ๐‘คโ„Ž๐‘’๐‘› ๐‘œ๐‘กโ„Ž๐‘’๐‘Ÿ๐‘  ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘”๐‘Ÿ๐‘’๐‘’๐‘‘๐‘ฆ, ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘”๐‘Ÿ๐‘’๐‘’๐‘‘๐‘ฆ ๐‘คโ„Ž๐‘’๐‘› ๐‘œ๐‘กโ„Ž๐‘’๐‘Ÿ๐‘  ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘“๐‘’๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘“๐‘ข๐‘™.โ€

Prinsip ini bukan mengenai mengambil risiko secara agresif.
Sebaliknya ia mengenai memanfaatkan ketidaktentuan untuk membina kedudukan strategik secara berperingkat.

Sejarah menunjukkan bahawa p**angan pelaburan yang paling bermakna jarang datang ketika pasaran berada dalam keadaan paling selesa. Ia biasanya bermula ketika sentimen masih berhati-hati, sebelum keyakinan kembali sepenuhnya kepada pasaran.

Bagi pelabur yang berorientasikan jangka panjang, tempoh seperti ini selalunya digunakan untuk:

โ€ข menilai semula alokasi portfolio
โ€ข mengenal pasti aset berkualiti pada valuasi lebih menarik
โ€ข dan memposisikan modal untuk kitaran pertumbuhan yang seterusnya

Dalam dunia pelaburan global, peluang jarang datang dengan suasana yang tenang. Selalunya ia muncul dalam keadaan yang penuh ketidakpastian, dan hanya dapat dikenali oleh mereka yang melihat melangkaui sentimen jangka pendek.

Kerana pada akhirnya, pasaran tidak memberi ganjaran kepada mereka yang paling pantas bertindak, tetapi kepada mereka yang paling berdisiplin dalam memanfaatkan masa dan perspektif jangka panjang.

Gambar Kredit: Personal Finance Club

HAPPY WOMENโ€™S DAYAt FMC, we proudly celebrate the strength, resilience, and invaluable contributions of women in every s...
08/03/2026

HAPPY WOMENโ€™S DAY

At FMC, we proudly celebrate the strength, resilience, and invaluable contributions of women in every sphere of life. Women play a vital role in shaping families, businesses, and societies, bringing wisdom, compassion, and leadership that inspire progress and positive change.

On this special day, we honour the achievements of women and reaffirm our commitment to supporting empowerment, equality, and opportunities for women to thrive.

Let us continue to recognise and appreciate the women who lead, nurture, innovate, and inspire every day.

Warm regards,
Faisal Malik
Group Managing Partner
FMC

Address

Jalan SP1 Bandar Saujana Putra
Shah Alam
42610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faisal Malik Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faisal Malik Co:

Share