03/11/2025
JUMAAT | 31 OKTOBER 2025
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,
🩸 PROGRAM DERMA DARAH 🩸
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan Puncak Perdana dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akan menganjurkan satu Program Derma Darah seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 6 November 2024 (Rabu)
🕘 Masa: 9.30 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: PTAR, Kampus Puncak Perdana
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga kampus menunaikan tanggungjawab sosial dengan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kriteria asas penderma adalah seperti yang tertera dalam poster.
Semua pelajar dan staf dijemput hadir serta digalakkan menyertai program ini bagi menyemai semangat prihatin dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
✨ “Selamatkan Nyawa Dengan Darah Anda” ✨
Anjuran:
Unit Kesihatan Puncak Perdana
dengan kerjasama
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)