Bicara Harta Pusaka

Bicara Harta Pusaka Perunding dan Perancang Pewarisan Harta Pusaka Islam. PM facebook dan whatsapp 017-3676177 (Pn Irda) untuk konsultasi.

27/09/2021
26/08/2021

SEBAB-SEBAB BOLEH MEWARISI
========================

Seseorang itu menjadi waris Faraid dan boleh mewarisi harta seseorang Muslim atas dasar TIGA sebab iaitu :
1. Pertalian darah
2. Perkahwinan
3. Wala’ (hubungan kekeluargaan kerana memerdekakan hamba. Namun ianya sesuatu yang asing bagi kita di Malaysia).
Dengan syarat, waris mestilah BERAGAMA ISLAM.
CONTOH :
Anak angkat :
❌ Tiada pertalian darah.
☹️ Bukan waris Faraid.
Anak susuan :
❌ Tiada pertalian darah.
☹️ Bukan waris Faraid.
Anak tiri / ibu tiri / bapa tiri :
❌ Tiada pertalian darah.
☹️ Bukan waris Faraid secara terus.
Ibubapa kandung yang belum memeluk Islam :
✅ Ada pertalian darah.
❌ Tetapi bukan Muslim.
☹️ Bukan waris Faraid.
Suami / Isteri-isteri :
❌ Tiada pertalian darah.
✅ Dalam ikatan perkahwinan.
😎 Waris Faraid.
Bekas isteri / bekas suami :
❌ Tiada pertalian darah.
❌ Putus ikatan perkahwinan
☹️ Bukan waris Faraid secara terus.
Anak derhaka :
✅ Ada pertalian darah
😎 Waris Faraid
Walaupun Puan Sabariah menjaga anak angkatnya, Siti sejak Siti berusia sehari dan ditatang dengan penuh kasih sayang lebih daripada anak sendiri, Siti tetap BUKAN waris Faraid Puan Sabariah.
Walaupun ibubapa Cik Mulan menjaga Cik Mulan sejak dari dalam kandungan, membesarkan Cik Mulan dengan penuh kasih sayang dan didikan, tetapi selagi ibubapa Cik Mulan belum memeluk agama Islam, ibubapa Cik Mulan tetap BUKAN waris Faraid Cik Mulan yang baru memeluk agama Islam.
Walaupun baru petang tadi Tuan Anas bernikah dengan isteri muda, kemudian tak sampai berapa jam tiba-tiba di malam harinya Tuan Anas meninggal dunia sakit jantung, isteri muda Tuan Anas tetap menjadi WARIS Faraid Tuan Anas. Bahagian Faraid isteri muda Tuan Anas adalah sama banyak macam isteri pertama yang dah berpuluh tahun Tuan Anas kahwini.
Walaupun abang seorang penagih dadah, derhaka terhadap ibu, curi duit ibu, banyak menyakiti hati ibu, dia tetap WARIS Faraid ibu.
Jika hendak memberikan harta tertentu kepada anak angkat, anak susuan, ibubapa yang belum Muslim atau mana-mana BUKAN WARIS, antara alternatif yang paling pop**ar ialah :
i) Melalui WASIAT dengan menyatakan pemberian harta kepada BUKAN WARIS tersebut. Dengan syarat, pemberian itu tidak melebihi 1/3 dari nilaian seluruh harta.
ii) Melalui HIBAH harta. Hibah tiada sebarang had, tetapi perlu memenuhi rukun-rukun tertentu dan syarat-syarat.
Sebarang dokumen yang dibuat hendaklah dengan berhati-hati mengikut undang-undang dan syarak agar ia boleh dilaksanakan kelak.
Dokumen yang selamat dilaksanakan mengikut undang-undang boleh dibuat melalui Syarikat-syarikat Amanah, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, ataupun melalui peguam-peguam yang berpengalaman.
Contoh Syarikat Amanah tidak terhad kepada Amanahraya sahaja. Banyak lagi Syarikat Amanah menyediakan perancangan pewarisan komprehensif yang merangkumi khidmat rundingan dan dokumentasi seperti MyAngkasa Amanah Berhad, As Salihin Trustee Berhad, Wasiyyah Shoppe Berhad, PB Trustee Berhad dan banyak lagi.
Wallahu’alam.
Bicara Harta Pusaka

04/07/2021

Melihatkan kematian demi kematian akibat covid, sedar tak sedar.....

- Kematian berlapis dalam sebuah keluarga boleh berlaku dalam masa yang singkat. Hanya dalam masa beberapa minggu dan beberapa hari. Dalam masa sebulan boleh kehilangan beberapa orang ahli keluarga. Struktur Faraid berubah dalam sekelip mata.

- Lebih banyak harta pusaka yang perlu diuruskan. Kematian akibat covid sahaja sudah melebihi 5,000 sejak 2020. Belum termasuk kematian dengan asbab lain.

- Urusan pentadbiran harta pusaka p**a menjadi lewat dan tergendala dengan penutupan operasi pelbagai institusi yang berkaitan, demi mengekang penularan dikalangan pekerja dan orang ramai.

- Wasi individu atau pentadbir individu juga belum tentu masih hidup semasa nak sambung menguruskan kes-kes harta pusaka tertunggak, apabila keadaan pulih nanti.

Kematian itu sangat dekat.
Sama ada ianya tiba sekarang, atau
masih diberi peluang dipanjangkan hayat.

BICARA HARTA PUSAKA

28/04/2021
‘WASI’ tu apa? Ingat tak babak dalam gambar ni... dalam filem ‘Tiga Abdul’... Ingat lagi tak dialognya?Abdul Wahib : “Ay...
21/04/2021

‘WASI’ tu apa?

Ingat tak babak dalam gambar ni... dalam filem ‘Tiga Abdul’... Ingat lagi tak dialognya?

Abdul Wahib : “Ayahanda, siapakah yang akan mewarisi harta ayahanda bila ayahanda mati nanti?”

Abdul Wahub : “Mengapakah adinda bertanya soalan biadap begini?! Bukankah ayahanda belum lagi mati?!”

Dipendekkan dialog, mereka adik beradik bergaduh di depan ayahanda mereka.

Ismet Ulam Raja : “Sudah! Sudah! Jangan bergaduh! Kamu bertiga ni... tak ubah macam anjing dengan kucing. Asyik bergaaaaaduh saja.

Dengar sini. Jika ayahanda mati... semua harta ayahanda akan diserahkan kepada Abdul Wahab. Sebab dia anak yang paling tua.

Anakanda Abdul Wahab, akan bahagi-bahagikan harta diantara kamu bertiga.”

Kenyataan lisan oleh Ismet Ulam Raja itu merupakan wasiat pelantikan wasi.

Disebut ‘wasiat’ kerana Ismet memesan ketika Ismet masih hidup, dan Ismet sebut “Jika ayahanda mati....”, bermakna ianya untuk dilaksanakan setelah Ismet MATI.

WASI p**a ialah pihak yang dilantik oleh Ismet (sebagai pemilik harta) semasa Ismet masih hidup, supaya wasi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab tertentu bagi pihak Ismet, setelah Ismet meninggal dunia.

Dalam filem ini, Ismet telah melantik anak sulungnya iaitu Abdul Wahab untuk menjadi WASI bagi menguruskan segala hartanya.

Dari segi pecahan bahagian Faraid, oleh kerana Ismet Ulam Raja hanya ada 3 orang anak lelaki sebagai waris... maka pembahagian ladam kuda, estet-estet, ladang-ladang, factory-factory milik Ismet itu sepatutnya dibahagi secara sama rata diantara Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub... iaitu setelah kos pengurusan jenazah dan segala hutang piutang Ismet Ulam Raja (jika ada) dilangsaikan terlebih dahulu.

Namun pengajaran dalam filem ini, Abdul Wahab tidak menjalankan tugasnya sebagai Wasi dengan betul.

Wasi perlu menguruskan pusaka mengikut cara yang dituntut oleh undang-undang (undang-undang agama dan negara), bersikap jujur dan amanah. Baru betul.

Nota Tambahan :
Walau bagaimanapun, kupasan sama ada Abdul Wahub sebenarnya layak mewarisi harta Ismet atau tidak, akan dibincangkan didalam penulisan lain.. InshaaAllah.

Wallahu’alam.

Bicara Harta Pusaka

13/04/2021

Apabila merancang pewarisan,
Soal penyelesaian hutang haruslah dititik beratkan dahulu, sebelum pergi ke soal pembahagian.

Tak kira sama ada hutang dengan bank, institusi atau dengan manusia.
Apatah lagi hutang dengan agama seperti Zakat, Fidyah, Haji, Kafarah dan Nazar.

Kerana penyelesaian hutang adalah untuk keselamatan diri sendiri didunia dan di akhirat.

Manakala pembahagian harta p**a adalah untuk waris-waris.

Jika semasa kita hidup.. kita tak dapat merancang hasrat pembahagian pun, hukum Faraid dah ada.

Tetapi..... jika tiada ‘back-up plan’ untuk pembayaran hutang.. ini boleh jadi masalah.

Diri sendiri pun masalah kat 'sana',
orang di bawah tanggungan kita pun boleh hadapi masalah kat dunia ni.

Semoga kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan bebas hutang...

Bicara Harta Pusaka
1 Ramadan 1442H

11/02/2021

DAH DAPAT SURAT KUASA, SELESAIKAH URUSAN PUSAKA?

Belum lagi!!

Belum selesai lagi.....

1. Kalau si mati masih ada baki hutang lagi kat mana-mana bank (atau institusi kewangan) :

▫️Pentadbir kena bawa Surat Kuasa ke bank tersebut untuk mengetahui jumlah hutang yang perlu dibayar dulu. Pihak bank akan mengeluarkan penyata yang mengesahkan jumlah yang perlu dibayar.

▫️Kalau si mati ada hutang dengan EMPAT bank berbeza contohnya, maknanya kena pergi bawa Surat Kuasa ke keempat-empat bank lah jawabnya.

▫️Boleh minta diskaun? Boleh, mintak je. Mana tau dapat. Kalau tak dapat, tak apa lah... mungkin rezeki di bahagian lain p**a. Saya pernah cuba berunding bagi pihak waris, Alhamdulillah dapat diskaun 40%. Rezeki waris. Nama institusi dirahsiakan.

2. Kalau pun hutang dah selesai (sama ada si mati sempat selesaikan sendiri atau melalui MRTT setelah kematian), tetapi geran rumah masih ada pada bank :

▫️Pentadbir kena bawa Surat Kuasa Mentadbir atau Letter of Administration ke bank. Perlu gunakan khidmat Peguam Hartanah yang merupakan Peguam Panel kepada bank. Bank dan Peguam panel akan uruskan pembatalan gadaian (Discharge of Charge) dulu.

▫️Ada kos yang perlu dibayar kepada pihak Peguam tersebut disini.

▫️Proses pembatalan akan memakan masa dua minggu atau lebih, bergantung kepada rezeki masing-masing. Tapi disebabkan PKP / PKPB / PKPP ni.... jadi lagi lama.

3. Kalau geran si mati dah ada dalam tangan, dan bebas gadaian (tidak dicagarkan kepada mana-mana pihak) :

▫️ Bergantung kepada jenis Surat Kuasa yang diterima.

i) Kalau dapat Surat Kuasa Mentadbir (dipanggil “Borang F” jika ianya dari Unit Pusaka Kecil JKPTG)
- maknanya Pentadbir ataupun wakil yang diberi kuasa oleh Pentadbir, kena bawa surat itu ke Pejabat Tanah untuk daftarkan nama Pentadbir didalam geran.

ii) Kalau dapat Perintah Pembahagian / Distribution Order (dipanggil “Borang E” jika ianya dari Unit Pusaka Kecil JKPTG)
- maknanya kena pergi ke Pejabat Tanah untuk proses turunmilik kepada nama waris-waris seperti yang disenaraikan dalam Perintah.

Kalau ada geran tanah negeri di 7 negeri berbeza, atau geran mukim yang berbeza daerah, maknanya kena pergi ke setiap Pejabat Tanah tersebut.

Selagi tak keluar geran baru yang tertera nama waris sebagai “Pemilik”, maknanya urusan pusaka belum selesai.

Kalau pendaftaran atas nama “Pentadbir”, maknanya belum selesai sepenuhnya. Ada urusan yang tergantung yang mesti diselesaikan dahulu seperti yang diarahkan dalam Surat Kuasa.

4. Kalau si mati ada motosikal :

Kena bawa Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian ke JPJ untuk proses tukar nama si mati kepada nama waris yang menerima.

5. Kalau si mati ada kereta atau van atau kenderaan selain motosikal :

▫️Kena bawa Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian ke JPJ untuk proses tukar nama si mati kepada nama waris yang menerima.

▫️Tetapi sebelum tu, kereta atau van perlu menjalani pemeriksaan Puspakom dahulu. JPJ mahukan Sijil Puspakom.

6. Kalau si mati ada akaun simpanan atau pelaburan :

▫️Pentadbir kena bawa Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian ke institusi-institusi berkenaan.

▫️Kemudian, sama ada pihak institusi kewangan akan keluarkan cek ke atas nama Pentadbir atau setiap waris yang dinyatakan dalam Perintah, ataupun pihak institusi akan pindahkan ke akaun Pentadbir atau ke akaun waris-waris mengikut bahagian masing-masing didalam Perintah.

▫️Kalau ada 10 akaun simpanan dan pelaburan di institusi dan cawangan berbeza, maknanya kena pergi ke setiap institusi tersebut.
..

Semua urusan diatas mengambil masa dan perlu lakukan di waktu pejabat.

Tak semua urusan diatas boleh selesai pada masa itu juga. Mungkin kena pergi dua-tiga kali. Dan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun lagi.

Ada urusan yang boleh diwakilkan kepada pihak ketiga, dengan izin Pentadbir secara bertulis.
Tetapi ada juga yang tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Ianya bergantung pada budibicara setiap institusi tersebut.

Yang saya kongsikan ini cuma maklumat am.
Belum cukup terperinci tentang dokumennya, kos nya, prosedurnya. Banyak lagi hal......

Itu belum lagi urusan untuk rumah yang sedang menunggu geran strata atau individu, rumah yang dipegang oleh Liquidator, rumah yang hendak dijual... macam-macam lagi.

Untuk kita yang masih hidup, bolehlah lantik Wasi yang berpengalaman dan berkepakaran, supaya waris-waris kita tidak pening-pening memilih Pentadbir yang benar-benar MAMPU, MAHU dan TAHU menjalankan tugas dengan JUJUR dan AMANAH.

Wallahu’alam

Bicara Harta Pusaka

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Telephone

+60173676177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bicara Harta Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bicara Harta Pusaka:

Share