Dr Siti Public Gold

Dr Siti Public Gold Bina Kekayaan bermula dengan 1 gram Emas Pertama
(3)

26/05/2026

π”π’πˆπ€ πŸ’πŸŽπ€π: π–π€πŠπ“π” 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑, ππ”πŠπ€π πŒπ„ππ˜π„π’π€π‹

Masuk usia 40an, ramai yang baru mula sedar dengan status kewangan, bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi sebab dulu tidak pernah ada perancangan kewangan. Ramai yang dulunya tenang dengan pendapatan tetap, hari ini mula terasa sempit, bil bertambah, hutang menekan, dan simpanan? Hampir tiada.

Hakikatnya, masalah kewangan di usia 40an tidak berlaku semalam. Ia berpunca daripada sikap bertahun-tahun. Semasa muda, duit masuk habis dibelanjakan.
Tidak sempat fikir soal tabungan, kerana pada waktu itu rasa masih panjang lagi perjalanan.

Bila masa berlalu, tabiat itu jadi beban. Gaya hidup melebihi kemampuan, hutang semakin bertambah, dan bila diuji hilang pekerjaan atau kesihatan terganggu, hidup menjadi gelap kerana tiada asas kewangan yang kukuh. Inilah realiti yang ramai sedang hadapi hari ini. Bukan kerana mereka tidak pandai mencari duit, tetapi kerana tidak pernah disiplin urus duit.

Usia 40an bukan lagi masa untuk eksperimen. Jika tabungan belum ada dan hutang masih banyak, inilah masa untuk mula buat perubahan besar. Mulakan dengan asas:
1. Simpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan setiap bulan.
2. Belanja selepas menabung, bukan menabung selepas belanja.
3. Elakkan hutang ansuran
4. Tambah ilmu kewangan secepat mungkin.
5. Sertai circle yang betul iaitu circle yang bercakap tentang menabung, melabur dan membina masa depan.
6. Setiap kali pendapatan bertambah, naikkan simpanan, bukan gaya hidup.

Kerana hakikatnya, status kewangan kita hari ini bukan disebabkan nasib. Ia hasil daripada tabiat kita bertahun-tahun. Dan tabiat yang sama juga akan tentukan siapa diri kita lima atau sepuluh tahun akan datang. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

26/05/2026

π“π„πŠππˆπŠ π†π€ππƒπ€πŠπ€π π„πŒπ€π’? 𝐈𝐍𝐈 π˜π€ππ† π‘π€πŒπ€πˆ π“π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔

Kerap kali saya terima soalan β€œAdakah teknik Ar-Rahnu boleh gandakan simpanan emas?, dan hari ini saya terima lagi komen, β€œDr suggest ke buat ar-rahnu dan overlapping? Jawapan jujur saya berdasarkan pengalaman pakar-pakar emas seperti Tuan Zulkifli Shafie, Tuan Syukor Hasyim dan Tuan Azizi Ali, penulis buku-buku kewangan dan emas, teknik pajak untuk gandakan emas ini tidak sesuai, kerana ia bukannya menambah gram emas, ia hanya menambah hutang.

Ramai orang salah faham, apabila ada syarikat emas yang mengajar pajak emas, dapat duit, beli emas lagi, nampak seperti bijak. Tetapi hakikatnya, dia sedang gandakan liabiliti, bukan aset. Jika anda ingin gandakan gram emas, caranya bukan dengan pajak tetapi dengan menambah ilmu kewangan dan emas, tambah pendapatan dan tambah disiplin menabung.

Satu perkara yang ramai tidak sedar, kos pajakan Ar-Rahnu sebenarnya tinggi, sekitar 12-15% setahun. Ianya lebih rendah daripada caj kad kredit tetapi tetap mahal untuk sesuatu yang tidak menambah nilai aset. Jika teknik tersebut betul-betul boleh jadikan semua orang kaya, pakar-pakar kewangan sudah pasti ajarkan teknik ini sejak dulu lagi.

Realitinya, ramai yang tersilap langkah. Teknik pajak gadai ini kerap dimanip**asi oleh peniaga emas kerana jualan emas mereka akan meningkat, tetapi pembeli p**a menanggung hutang yang makin besar. Sebagai contoh, jika anda ada 1kg emas dalam Ar-Rahnu, sebenarnya yang benar-benar milik anda mungkin tidak sampai 300g. Baki 700g itu, masih menjadi hutang dengan Ar-Rahnu. Jika untung, untungnya secupak. Tetapi bila rugi, ruginya segantang.

Sebab itu anda tidak perlu kejar teknik pelik untuk kaya dengan emas. Buat cara paling mudah: beli, simpan, dan konsisten. Anda boleh gunakan Akaun GAP Public Gold untuk menyimpan dan jika ingin lebih disiplin, aktifkan Auto-Debit supaya sistem dapat membantu anda menabung tanpa gagal.

25/05/2026

π”πŠπ”π‘ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŸ“ π’πŽπ€π‹π€π

Dalam dunia kewangan, ada lima persoalan penting yang wajib anda tanya pada diri sendiri. Persoalan yang mungkin nampak mudah, tapi jawapannya menentukan hala tuju hidup kita.

Soalan pertama: Berapa nilai sebenar net worth anda?
Net worth ialah ukuran sebenar tahap kewangan anda. Ia bukan tentang berapa banyak yang anda ada dalam akaun bank, tetapi perbezaan antara apa yang anda miliki seperti simpanan dan aset dan apa yang anda tanggung iaitu hutang. Jika setiap bulan wang lebih banyak keluar dari poket berbanding masuk, itu tanda ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.

Soalan kedua: Patut anda beli atau sewa rumah?
Jawapannya bergantung pada fasa hidup anda. Bagi anak muda, menyewa mungkin pilihan terbaik. Rumah untuk duduk sendiri sebenarnya satu liabiliti, kerana ia tidak menjana pendapatan. Tunggu sehingga kewangan stabil dahulu, baru fikirkan rumah idaman. Kerana rumah pelaburan dan rumah kediaman, keduanya mempunyai strategi berbeza.

Soalan ketiga: Dengan hanya makan gaji, macam mana nak jadi kaya?
Jawapannya mudah, gunakan gaji sebagai batu loncatan. Bina profil kewangan yang kukuh, dan dalam masa yang sama, belajar high-income skill untuk jana pendapatan tambahan. Gunakan platform yang betul seperti Public Gold. Bila pendapatan luar mula melebihi gaji, itulah tanda untuk anda pertimbangkan kerjaya dalam bisnes.

25/05/2026

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ 𝐏𝐄𝐂𝐀𝐇 π‘π„πŠπŽπƒ. 𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑?

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China makin memuncak dan harga emas terus melonjak, mencipta sejarah baharu. 14 Oktober 2025, harga emas dunia mencecah 4,179 per auns, paras tertinggi yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Puncanya? Ancaman Presiden Donald Trump yang mahu kenakan tarif 100% terhadap import China, sebagai tindak balas kepada sekatan Beijing terhadap eksport mineral penting.

China p**a berikrar akan β€˜berjuang hingga ke akhir’. Kedua-dua kuasa besar dunia saling berbalas tindakan dan dunia kini kembali dibayangi ketidaktentuan. Dalam keadaan seperti ini, pelabur tahu satu perkara: Bila dunia bergolak, emas akan lebih bernilai. Emas kembali menjadi β€œsafe haven”, pelindung nilai ketika mata wang dan pasaran saham mula goyah.

Bahkan dalam keadaan nilai USD yang sedikit lemah, menjadikan permintaan emas semakin tinggi. Dengan harga emas p**a terus mencatat peningkatan melebihi 4,100 per auns, ia tanda jelas bahawa keyakinan terhadap emas masih kukuh.

Jadi untuk kita di Malaysia, mesejnya mudah, masa terbaik untuk memiliki emas bukan semasa harga murah, tetapi semasa dunia tidak menentu. Kerana sejarah sudah membuktikan, emas bukan sekadar pelaburan, ia adalah benteng kestabilan. Jadi persoalannya sekarang, adakah anda masih menunggu harga turun atau bertindak sebelum dunia berubah lagi? Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

25/05/2026

πŠπ„ππ€ππ€ π„πŒπ€π’ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 ππ€πˆπŠ?
πŸ“πŸ’% πƒπ€π‹π€πŒ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍!

Sejak Oktober tahun lalu, harga emas sudah naik sekitar 54%. Bulan lepas, harga 1 dinar sekitar 2,300. Hari ini sudah mencecah 2,600. Siapa yang beli bulan lepas, jika jual hari ini sudah nampak keuntungan. Tetapi emas bukan sekadar alat untuk β€˜buy low, sell high’. Emas ialah pelindung kekayaan, bukan sekadar pelaburan jangka pendek.

Jika anda faham sejarah duit, anda akan faham mengapa emas sentiasa relevan. Duit kertas yang kita gunakan hari ini asalnya hanyalah voucher mewakili emas. Namun sejak tahun 1971, selepas Presiden Amerika Richard Nixon tamatkan Perjanjian Bretton Woods, duit kertas sudah tidak lagi disandarkan kepada emas.
Amerika bebas mencetak dolar ses**a hati dan sejak itu, nilai duit kertas mula merosot perlahan-lahan.

Semasa Krisis Kewangan Asia 1997, nilai Ringgit jatuh lebih 50% dalam beberapa bulan, daripada RM2.50 kepada RM4.70 bagi $1 USD. Nombor dalam akaun bank kita kekal, tetapi kuasa belinya hilang separuh. Sewaktu itu, sesiapa yang simpan emas, mereka terselamat dari kerugian kerana harga emas naik apabila mata wang jatuh.

Itulah sebabnya, negara besar seperti Amerika dan Jerman menyimpan rizab emas yang besar. Kerana mereka tahu, emas ialah benteng kekuatan ekonomi. Bukan kertas, bukan angka, tetapi aset logam yang memiliki nilai sebenar. Tun Dr. Mahathir sendiri pernah cadangkan Dinar Emas sebagai penyelesaian perdagangan antarabangsa kerana emas tidak boleh dimanip**asi, tidak boleh dicetak, dan nilainya kekal.

Majoriti hartawan tidak lagi simpan kekayaan jangka panjang dalam bentuk duit kertas tetapi dalam bentuk aset yang tidak jatuh nilai seperti emas fizikal. Kerana apabila krisis datang tanpa amaran, yang akan terselamat bukan mereka yang simpan duit, tetapi mereka yang simpan nilai sebenar. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

24/05/2026

π’πˆπŒππ€π πŸπŠπ† π„πŒπ€π’ π”ππ“π”πŠ π“π”ππ€πˆπŠπ€π π‡π€π‰πˆ

Selalu kita dengar kisah orang simpan emas untuk tunaikan haji. Simpan 10 dinar, 50g, 100g emas. Tetapi ini kisah penyimpan emas simpan 1kg emas hanya untuk tunaikan haji bersama isteri. Bukan semua orang mampu rancang kewangan sampai begitu sekali. Penyimpan emas tersebut jual emas di cawangan Public Gold, dan depan mata saya lihat beliau keluarkan gold bar 1kg dari poket.

Urusannya mudah dan cepat. Duit hasil jualan emas dimasukkan ke akaun bank. Waktu itu baru saya tahu rupanya memang ada pakej VVIP untuk haji yang kosnya mencecah lebih 100,000. Jika beliau mampu bayar pakej haji semahal itu, jelas sekali simpanan beliau memang besar. Mungkin juga beliau seorang jutawan.

Mentor saya pernah pesan, jika kita mahu jadi jutawan, kita kena tahu apa yang jutawan tahu, kita kena buat apa yang jutawan buat, baru kita akan dapat apa yang jutawan dapat. Dan hari ini saya nampak dengan mata sendiri, jutawan juga menyimpan emas.

Soalnya sekarang, jika jutawan pun simpan emas, kenapa kita tidak? Dengan Public Gold, anda tidak perlu tunggu kaya untuk bermula. Anda boleh mula simpan 1g hari ini, dengan masa dan disiplin, satu hari nanti anda juga boleh jual gold bar 1kg untuk menunaikan haji. Bagi yang ingin memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan bimbing anda dalam cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik untuk anda.

Saya ingin kongsikan satu testimoni yang sangat menarik.3 tahun lepas, seorang customer Public Gold mula simpan 2kg emas...
24/05/2026

Saya ingin kongsikan satu testimoni yang sangat menarik.

3 tahun lepas, seorang customer Public Gold mula simpan 2kg emas dengan modal sekitar RM522,000. Sewaktu beliau jual emas beberapa bulan lepas, nilai buyback sudah melebihi RM1 juta.

Yang menariknya, beliau bukan β€œtrade” emas hari-hari.
Beliau hanya *SIMPAN* aset yang memberikan keuntungan jauh lebih baik dari kebanyakan instrumen simpanan.

Ramai orang ingat emas hanya sesuai untuk orang kaya.
Sedangkan, lebih ramai yang berjaya kumpul emas sedikit demi sedikit dengan modal simpanan yang kecil secara konsisten selama bertahun-tahun.

Sebab itu saya selalu pesan, fokus gram emas, bukan pada harga. Kalau terlalu fokus pada harga, kita akan takut nak menabung, dengan alasan emas semakin mahal.

Yang penting:
β€’ konsisten
β€’ sabar
β€’ simpan jangka panjang

Semoga kisah ini jadi inspirasi untuk kita semua capai simpanan sekurang-kurangnya 1kg emas. Dengan kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, harga emas akan naik setinggi RM1,000 per gram dalam masa sekitar 6-7 tahun lagi. Pada waktu itu, nilai 1kg emas sudah pun mencecah RM1 juta.

Untuk memulakan simpanan emas bersama Public Gold, boleh klik link di bio atau rujuk di ruang komen.

24/05/2026

πˆπ‹πŒπ” πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŠπ„π‰π€π˜π€π€π

Kenapa ada orang gaji besar tetap pokai, tetapi ada orang gaji biasa boleh hidup tenang? Bezanya bukan pada duit tetapi pada ilmu. Dengan ilmu yang betul, orang bergaji kecil mampu ada simpanan. Mereka tahu beza keperluan dan kehendak. Mereka disiplin simpan sebelum belanja. Sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpul aset yang banyak.

Sebaliknya, tanpa ilmu, gaji besar tidak menjamin apa-apa. Semuanya habis dibelanjakan. Bila berlaku kecemasan, terpaksa berhutang. Nampak mewah di luar, tetapi kosong di dalam.

Ilmu kewangan ini ibarat cahaya. Tanpa cahaya, kita berjalan dalam gelap, mudah tersilap, mudah terjatuh. Dengan cahaya, jalan yang sama menjadi lebih jelas dan selamat. Dan antara ilmu paling asas ialah simpanan. Jika duit mudah bocor, tukarkan kepada emas. Kerana emas bukan sahaja mengunci nilai, tetapi membina kekayaan yang sebenar dalam jangka panjang.

Ingat, semua orang boleh berjaya dalam kewangan mereka. Bukan kerana gajinya besar, tetapi kerana luas ilmunya. Kunci sebenar kejayaan kewangan bukan pada berapa banyak yang kita dapat, tetapi pada apa yang kita tahu, dan bagaimana kita uruskan.

23/05/2026

π’πˆπŒππ€π π„πŒπ€π’ ππ”πŠπ€π π’π„ππ„π‘π“πˆ π’π€π‡π€πŒ

Semalam saya terima satu mesej menarik daripada seorang penyimpan emas saya. Dia minta saya ajarkan macam mana nak ambil keuntungan emas dari akaun GAP. Beliau terima nasihat dari sahabat beliau, bila harga emas naik, lebih baik cepat-cepat ambil keuntungan. Logiknya kedengaran masuk akal, tetapi inilah silap faham terbesar apabila kita bercakap tentang emas fizikal.

Jadi saya tanya beliau semula, β€œMacam mana sebenarnya nak ambil keuntungan kalau yang kita pegang itu adalah gold bar atau dinar?” Saham boleh dijual separuh, tinggal separuh. Tapi emas fizikal bagaimana nak ambil keuntungan? Di sinilah ramai yang masih keliru. Simpanan dalam akaun GAP adalah emas fizikal yang jauh berbeza dengan emas digital. Ia bukan tentang beli pagi dan jual petang.

Dan sebenarnya kita tidak perlu risaukan tentang kerugian jika harga emas jatuh seperti saham. Jika saham jatuh, kita rugi semuanya. Walaupun harga emas ada naik dan turun dalam jangka pendek, tetapi harga emas meningkat secara purata 10% setahun dan ia tidak akan jatuh kosong. Secara teori emas digital nampak lebih menguntungkan, tetapi ia belum dikira dengan risiko menyimpan emas digital. Banyak syarikat emas digital yang sudah tidak beroperasi lagi yang meninggalkan penyimpan emas digital tanpa apa-apa dalam tangan mereka, kecuali kenangan. Emas fizikal, walaupun Public Gold sudah tutup sekalipun, emas ini masih bernilai di seluruh dunia.

Jika kita serius mahu membina aset dan kekayaan, jangan terperangkap dengan logik keuntungan jangka pendek. Fokus dalam penambahan gram emas, kerana di situlah terletaknya rahsia kaya dengan emas. Simpanan emas bukan untuk ambil keuntungan setiap tahun tetapi untuk nikmati keuntungan berganda dalam jangka panjang. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

23/05/2026

ππ„π‹πˆ π„πŒπ€π’ 𝐏𝐑𝐄-π‹πŽπ•π„πƒ 𝐀𝐏𝐀 π‘πˆπ’πˆπŠπŽ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑?

Baru-baru ini kecoh isu beli emas pre-loved. Ada yang menyokong, ada juga ramai yang mengecam. Walaupun nampak tawaran emas pre-loved ini bagus tetapi di sebalik tawaran itu, ada risiko besar yang ramai tidak nampak.

Pertama, emas itu mungkin bukan emas tulen. Ramai yang terpengaruh dengan promosi harga yang jauh lebih murah dari kedai emas lain dan akhirnya dapat barang palsu, seperti besi bersalut emas.

Kedua, emas itu mungkin emas curi. Apabila si mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan emas tersebut, dan jika emas curi itu dijual semula ke Public Gold, sistem boleh kesan, emas tersebut akan ditahan dan Polis akan dipanggil. Anda boleh dikenakan tuduhan bersubahat atas kecurian harta.

Ketiga, emas pre-loved mungkin rosak, kemek, atau calar. Bank dan kebanyakan kedai emas tidak terima emas yang rosak. Jika mereka terima sekalipun, harganya ditolak 20-30%.

Itu belum termasuk risiko ditipu, duit sudah bayar, emas tak sampai atau barang hilang semasa penghantaran. Untuk mengelakkan risiko-risiko ini, pastikan beli daripada penjual yang ada reputasi tinggi. Public Gold sudah 17 tahun dalam bisnes dengan rekod sifar kes penipuan. Emasnya tulen, berkualiti, dan terjamin. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.

23/05/2026

πŸπŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ”ππ‹πˆπ‚ π†πŽπ‹πƒ πƒπ€π‘πˆ πŠπ‘πˆπ’πˆπ’ π‰π€πƒπˆ πŠπ„π‰π€π˜π€π€π

Dalam 17 tahun Public Gold beroperasi, hampir setiap tahun ada sahaja cabaran besar yang datang. Website shut-down, kerajaan kenakan GST, masalah production, masalah logistik, malah emas Public Gold pernah tidak diterima di ar-rahnu. Dan yang paling besar, tahun 2012 Public Gold pernah disenaraikan dalam Alert List Bank Negara Malaysia.

Sepanjang tempoh ini juga, banyak syarikat emas lain tumbang kerana cabaran sebegini. Tapi Public Gold berbeza. Setiap masalah diselesaikan, dan hasilnya Public Gold menjadi lebih kukuh. Pelanggan tidak lari, malah semakin bertambah yakin. Rahsianya bukan pada iklan, selebriti atau influencer. Public Gold berkembang hampir tanpa iklan besar-besaran. Rahsianya adalah Tribe Marketing, satu konsep yang dipop**arkan oleh Seth Godin.

Secara fitrah, manusia s**a hidup dalam komuniti. Kita rasa lebih selamat bila ada kump**an yang berkongsi nilai, minat, dan misi yang sama. Dan inilah kekuatan Public Gold. Orang bukan sekadar beli emas, mereka menyertai sebuah gerakan. Setiap penyimpan emas Public Gold sentiasa berpeluang untuk menimba ilmu emas dan kewangan melalui seminar secara online atau secara fizikal di cawangan-cawangan Public Gold.

Sebab itu syarikat lain s**ar menandingi Public Gold. Mereka boleh menawarkan harga lebih murah, design lebih cantik, atau platform lebih canggih. Tetapi mereka gagal membina komuniti. Pelanggan bukan sekadar jadi penyimpan emas, tapi sebahagian daripada perjalanan kewangan yang lebih kukuh. Daripada tabungan emas, kepada bebas hutang, hingga menuju financial freedom. Bagi yang ingin menjadi sebahagian dari komuniti Public Gold dan ingin mengukuhkan kewangan, anda boleh isi borang sign up untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan bimbing anda dalam cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik untuk anda.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Siti Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share