10/08/2021
Assalamualaikum wrh wbth.
Selamat tahun baharu 1443 Hijriah.
Sempena sambutan Maal Hijrah ini, sama-samalah kita menghayati sirah dan semangat perjuangan Nabi saw dan para sahabat baginda pada ketika itu yang boleh dijadikan i’tibar dan contoh tauladan dalam kehidupan dan perjuangan kita.
Hijrah Nabi saw ini boleh diambil tauladan dari pelbagai sudut, baik dari sudut visi dan misi, strategi, semangat perjuangan, persaudaraan, ukhuwah, kerjasama, pendekatan dan pelbagai aspek lagi dalam menyebarkan risalah dakwah Islamiah sehingga tertegaknya daulah Islamiah yang teguh dan utuh dalam setiap cabang kehidupan dan sebagai satu cara hidup yang dituntut dan diredhai Allah SWT.
Semoga tahun 1443 Hijrah kali ini akan membuka satu lembaran baru dan benar-benar kita dapat berhijrah dan mentransformasi 360° kewangan dan kehidupan kita kepada yang lebih baik dan sempurna, InsyaAllah..
Salam Maal Hijrah dan Salam Perjuangan Memartabatkan Muamalat Islam.
Daripada:
Mohd Safri Mahat
Mentor Kekayaan Tsunami
Serta seluruh warga kerja BWP
dan Warga Komuniti BijakWang.