Bijak Mengurus Gaji Kedua Anda

Bijak Mengurus Gaji Kedua Anda MEMBANTU KHIDMAT NASIHAT DAN KNOWLEDGE MENGENAI KEWANGAN

FAKTA menarik🤩 Sepasang Baju Melayu disolekkan dengan Sepasang CAPALPM untuk dapatkan CAPAL!PM KE 10 tiada berpisah deng...
26/11/2022

FAKTA menarik🤩

Sepasang Baju Melayu disolekkan dengan Sepasang CAPAL

PM untuk dapatkan CAPAL!

PM KE 10 tiada berpisah dengan sepasang capal
Anda bagaimana ?? 🤔🤭

PROMOSI RM35/= sepasang
++ FREE POSTAGE🥳🥳

PM PM PM SEKARANG! 🥶🥳

10/11/2022

APAKAH ITU OPR?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Untuk makluman pembaca, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

Peranan OPR ini dapat dilihat apabila bank melakukan pinjaman dari perbankan lain disebabkan kekurangan kadar dana simpanan perkhidmatan mereka.

Kesan OPR Naik

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi dua kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Bagaimanapun kenaikan pada kadar OPR adalah menunjukkan langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Di mana meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Kesan OPR Turun

Kebiasaannya apabila kadar OPR semakin menurun, ini menunjukkan kedudukan ekonomi dunia tidak stabil. Malah keadaan pandemik COVID-19 ketika ini turut menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada kegawatan tersebut.

Penurunan OPR juga adalah bersifat positif. Ini kerana, ia menunjukan inisiatif bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara kembali pulih.
Dengan adanya pengurangan ini ia mampu mengukuhkan semula dasar fiskal negara.

Tindakan itu secara langsung membantu rakyat membayar kadar faedah pada tahap yang lebih rendah, sekaligus faktor ini meningkatkan simpanan rakyat negara. Penawaran moratorium ke atas pinjaman turut membantu inisiatif tersebut.

Seterusnya, penurunan OPR sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat.

Secara keseluruhannya, walaupun kadar OPR menunjukkan krisis ekonomi dunia semakin teruk – namun ia juga antara langkah yang baik bagi membantu memulihkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Baik tinggi mahupun rendah. Rakyat seharusnya menggunakan peluang ini untuk membina semula kewangan peribadi masing-masing.

Sejak dua menjak ini...Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80.Tujuannya nak ba...
10/11/2022

Sejak dua menjak ini...

Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80.

Tujuannya nak bayarkan yuran pendidikan kawan. Bulan lepas Yusuf maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti pendidikan asas sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

Rupanya dalam diam Yusuf kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah dan wan, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100.
Hatiku tersentuh dengan tingkah laku anakku Yusuf. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.

Aku bermonolog..

"Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkanku bahawa ukuran yang aku letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik...

Bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.."

Aku merenung jauh didalam nurani dan kata kata bermain di fikiran "bagaimana nasib anaku Yusuf untuk 10 tahun akan datang?" Di alam pra-dewasa yang memerlukan tahap kewangan yang utuh untuk menampung kos pendidikan universiti yang kian meningkat saban tahun. Selagi hayat dikandung badan aku ingin membuat sesuatu!

Akhirnya,

Aku berjumpa pakar kewangan bertujuan khidmat nasihat. Aku mencoret buku 555 dan membahagikan dua simpanan penting untuk yusuf iaitu simpanan pendidikan dan simpan kesihatan kerana kesihatan diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan pendidikan supaya Yusuf menjadi insan sentiasa bermanfaat buat orang lain...

Beliau mengesyorkan aku supaya menyimpan RM5 sehari dan aku terkesima "bagaimana mungkin ini boleh berlaku!?". Beliau menyatakan RM3 untuk simpanan kesihatan dan RM2 di simpanan pendidikan. Aku bersetuju dengan jumlah tersebut diharapkan ini merupakan pengorbanan buat anakanda ku Yusuf.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

"Jika kalian membaca kisah ku. Kalian akan melakukan hal yang sama."

Hubungi lah khidmat kewangan yang ku harapkan..

http://www.wasap.my/60175109158/kewanganAnda

http://www.wasap.my/60175109158/kewanganAnda

Supaya nasib legasi kalian berubah...

Address

Sungai Petani

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60175109158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bijak Mengurus Gaji Kedua Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bijak Mengurus Gaji Kedua Anda:

Share