Hanim Hibah Specialist

Hanim Hibah Specialist Semua dah tahu mengenai Hibah dan bagaimana Hibah ini dapat bantu anda? Follow page ini untuk tahu

Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan.  Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendir...
15/05/2023

Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri jugaโ€ฆ

Suatu hari dengan takdir Allah saya mengemas rumah seorang yang telah meninggal duniaโ€ฆ

1. Ada terlalu banyak pakaian yang mahal harganya. Yang tidak dipakai lagi. Akhirnya rosak begitu sahaja. Ianya dalam keadaan terbiar.

2. Ada banyak pakaian lama. Yang usianya melebihi 10 tahun. Ianya baju kerja yang sudah rosak, baju anak-anak yang kecil, baju berlipat dan tidak berlipat yang lama. Yang sudah tidak dipakai lagi. Tetapi barangkali sayang untuk diberikan kepada orang.

3. Ada banyak kasut. Yang sudah tidak dipakai lebih banyak dari yang masih dipakai. Keadaan kasut yang sudah tidak dipakai ini masih baik. Hanya sangatlah berhabuk serta bersawang. Yang lama ini barangkali sayang juga untuk diberikan kepada orang.

4. Ada banyak perabut lama yang sudah tidak digunakan lagi tetapi dibiarkan berada di dalam rumah. Perabut yang sudah rosak. Hingga ruang rumah menjadi sangat sempit. Bahkan perlu melangkah-langkah barangan ketika hendak berjalan.

5. Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan. Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.

Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiriโ€ฆ. Ketika itu saya terfikirโ€ฆ.

๐Ÿ˜“ Sementara kita masih bernyawa, selalulah ingatkan diri bahawa dunia ini hanya persinggahan semata. Tempat sementara. Kita tinggal di sini tidak lama. Selalu juga ingatkan diri bahawa kehidupan itu sendiri adalah nikmat yang sangat besar. Allahuakhbar.

๐Ÿ˜“ Bukalah almari pakaian kita hari ini. Berapa banyak pakaian yang kita miliki. Berapa banyak tudung. Berapa banyak yang dipakai. Berapa banyak yang belum dipakai. Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.

๐Ÿ˜“. Lihat berapa banyak barangan plastik yang kita simpan. Tetapi tidak dipakai. Saya sudah sedekahkan kesemua barangan Tupperware saya kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang. Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan s**a melihat kecantikannya.

๐Ÿ˜“ Lihat p**a pinggan mangkuk kita. Adakah terlalu banyak. Atau cukup untuk kegunaan harian sendiri. Sebaiknya tidak perlu kita sediakan pinggan mangkuk yang istimewa hanya untuk tetamu. Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik. Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.

๐Ÿ˜“. Sebaiknya, kemaskan lah rumah kita selalu. Jika tidak mampu, sekadarnya pun sudah cukup baik. Tidak perlu simpan terlalu banyak barang yang tidak perlu. Yang tidak kita gunakan. Jangan sayang barang. Jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Jangan sayang perabut lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.

๐Ÿ˜“ Tidak perlu beli beg tangan berjenama atau murah dengan terlalu banyak atau berlebihan. Satu, dua atau tiga pun sudah memadai.

๐Ÿ˜“ Hendaklah kita selalu mengingatkan diri agar barangan yang bakal kita tinggal tidak menyulitkan orang lain nanti.

๐Ÿ˜“ Apabila kita sudah pergi, tidak ada satupun yang bermanfaat lagi kepada kita. Melainkan amal dan sedekah.

Dzuriasikim Dzulkefli

Alhamdulillah jika ada Jabatan yang perlukan khidmat taklimat boleh terus contact saya.. Ramai dah ada kesedaran Takaful...
02/05/2023

Alhamdulillah jika ada Jabatan yang perlukan khidmat taklimat boleh terus contact saya.. Ramai dah ada kesedaran Takaful dan pentingnya perancangan kewangan semasa sihat..

www.wasap.my/60193274729/taklimatTakaful

01/05/2023
Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata kesayangan RM506,549.54 akhirnya lulus seperti yg di ama...
29/04/2023

Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata kesayangan RM506,549.54 akhirnya lulus seperti yg di amanahkan.. syukur ya Allah..

Arwah baru sempat bayar caruman 2 kali, RM200 (RM100/bulan), namun, bulan ke 3 arwah telah pergi buat selamanya kerana wabak kencing tikus, dan meninggal kan 7 org anak๐Ÿ˜ข

Masih segar diingatan, Arwah berkata selalu baca & tgk perkongsian saya tentang hibah takaful, dia berminat utk adakan simpanan utk anak7, Alhamdulillah selepas diberi penerangan arwah setuju byr rm100 sebulan utk perlindungan rm500,000..

Suami arwah telah membuat simpanan utk anak7 di Amanah Raya hasil dari duit hibah takaful yg ditinggalkan.. Beliau nak simpanan anak7 kekal selamat andai dia juga dijemput Ilahi.. di amanah raya, simpanan anak7 selamat, Tp masih boleh keluarkan utk kegunaan pelajaran, makan minum, perayaan & brg keperluan (mengikut syarat)..

Semoga Ramadhan & Raya tahun ni lebih bermakna buat anak7.. lebih membahagiakan saya bila suami arwah memberitahu boleh sediakan kenderaan yg lebih baik buat anak7 dgn wang hibah takaful, beliau rasa bersyukur, hibah takaful banyak membantu beliau beri keselesaan buat anak7 yg sebelum ni diuruskan oleh beliau seorang selepas pemergian isteri tercinta...

Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang agent takaful bila mana dapat membantu menguruskan amanat Client sehingga ke akhirnya..

Buat ke tujuh-tujuh anak, andai suatu masa nanti, kamu telah dewasa & berjaya, ingatlah bahawa hidupmu pernah terbela kerana hibah takaful dari arwah ibumu seorang yg bijak merancang masa depan dengan menabung di dalam takaful ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’•

*Kredit penulis asal*

Assalamualaikum wbt ZAKATZakat ialah ibadah harta yang dikerjakan sekali dalam setahun. Seorang muslim yang kaya (hartan...
19/03/2023

Assalamualaikum wbt

ZAKAT

Zakat ialah ibadah harta yang dikerjakan sekali dalam setahun. Seorang muslim yang kaya (hartanya mencapai nisab) wajib mengeluarkan 2,5% daripada hartanya setiap tahun untuk mendapatkan reda Allah SWT dan menyalurkannya kepada mustahik zakat yang telah dijelaskan dalam๏ฟฝAl-Quranul Karim.

Syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, memiliki harta seukuran nisab zakat secara sempurna dan telah melepasi satu tahun (haul). Syarat nisab zakat harta ialah harta dapat berkembang (secara hakikat atau secara hukum, yang dapat berkembang sekali gus bertambah banyak). Walaupun tidak bertambah banyak secara hakikat, harta berupa emas dan perak yang telah mencapai ukuran nisab wajib dikeluarkan zakatnya.

Nisab ialah suatu ukuran yang telah ditetapkan oleh agama untuk membayar zakat. Orang yang wajib membayar zakat ialah orang yang memiliki emas sebanyak 20 miskal (85 gram) atau harta yang senilai dengannya, baik berupa wang mahupun barang dagangan. Keperluan asasi atau pokok, seperti rumah, perabot rumah, pakaian, peralatan, buku-buku, binatang tunggangan atau kenderaan (kuda atau kereta) dan barang runcit, tidak wajib dizakatkan. Setiap harta yang telah mencapai nisab wajib dikeluarkan zakatnya sebesar 2,5 peratus. Zakat binatang ternak: untuk 40 ekor kambing zakatnya ialah 1 ekor kambing, untuk 5 ekor unta zakatnya ialah 1 ekor kambing, untuk 30 ekor lembu zakatnya ialah 1 ekor anak lembu yang berusia satu tahun. Harta rikaz dan barang tambang juga harus dizakati.

Nisab zakat hasil tuaian yang wajib dizakati seperti padi, jagung, kurma, anggur, dan sebagainya ialah 5 wasak (653 kg). Tanaman yang diberikan zakatnya harus bersih dan tidak berkulit. Jika tanamannya berkulit, nisabnya ialah 10 wasak. Daripada hasil tuaian tersebut, wajib dikeluarkan zakatnya sebesar 1/10 jika sawah atau ladangnya diairi dengan air sungai atau hujan.

Akan tetapi, apabila sawahnya diairi dengan air yang dibeli atau pengairan (irigasi), seperti diairi dengan kincir air yang ditarik oleh binatang atau dialiri air dengan alat yang memerlukan kos, zakat yang diwajibkan ialah sebesar 1/20. Pada zakat hasil tuaian tidak disyaratkan adanya haul, tetapi setiap tuaian harus dikeluarkan zakatnya.

Orang-orang yang berhak menerima zakat telah dijelaskan di dalam surah At-Taubah ayat 60, iaitu orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil zakat, mualaf (orang yang baru masuk Islam), hamba sahaya, orang yang berhutang, (orang yang berada) di jalan Allah, dan ibnu sabil (orang yang kehabisan bekal di tengah perjalanan).

Zakat wajib diberikan kepada lapan golongan, tetapi orang yang paling berhak menerima zakat ialah orang fakir dan orang yang berjuang di jalan Allah SWT. (Rangkuman Agama Islam, Penerbit Fazilet)

*Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah*

โ€ผ๏ธInnalillah.. Suami isteri m@ut dalam konvoi motosikal, 4 anak yatim piatu serentak.Kemalangan berlaku di Jalan Kuala K...
09/03/2023

โ€ผ๏ธInnalillah.. Suami isteri m@ut dalam konvoi motosikal, 4 anak yatim piatu serentak.

Kemalangan berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong petang semalam berpunca daripada kereta Iswara keluar secara mengejut dari simpang kanan.

Anak arwah masih bersekolah. 3 lelaki seorang perempuan berusia 16,14,12 dan 7 tahun.

"Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak." - Ahli keluarga

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa. Semoga anak-anaknya kuat hadapi ujian ini. Al-Fatihah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sumber:Harian Metro


Ini kisah dari IIUMC. Ada disclaimer di akhir cerita. Bukan kisah saya. Saya kongsikan sebagai iktibar.Aku membesar deng...
11/02/2023

Ini kisah dari IIUMC. Ada disclaimer di akhir cerita. Bukan kisah saya. Saya kongsikan sebagai iktibar.
Aku membesar dengan ibu, abah dan aku. 3 orang. Keluarga aku ni senang cerita, keluarga senang.

Ibu dengan abah sorang satu ada kereta dan abah aku ada motor Harley Davidson.

Lagi satu ibu aku ni dia ada rumah sewa dalam dua buah rumah flat. Setiap bulan dapat 400 ringgit.

Ditakdirkan ibu dengan abah aku accident waktu bekerja. Sebab mereka berdua ni kerja dalam company yang sama. Aku waktu tu umur baru 11 tahun.

Tahu apa jadi?

Sehari lepas pengebumian ibu dan abah aku, pakcik dan makcik aku hantar balik kampung dekat Kelantan duduk dengan nenek aku dan maksu aku.

Aku waktu tu tengah blur hilang ibu dengan abah serentak. Tiba tiba kena pindah negeri, pindah sekolah.

Aku cakap nak stay dekat rumah tapi pakcik makcik aku marah, suruh balik Kelantan.

Mulalah aku membesar dengan nenek dan maksu aku. Waktu ni aku memang dalam state confuse. Kena pindah sekolah. Lepas tu aku asyik terfikir rumah aku macam mana.

Tahun pertama makcik pakcik yang hantar aku balik Kelantan, tak ada sorang pun datang melawat.

Aku setiap hari, duit belanja makan semua maksu dengan nenek yang bagi. Itupun sebab maksu dengan nenek aku berniaga sarapan depan rumah setiap pagi.

Tahun kedua raya haji, baru makcik pakcik aku balik.

Tahu diorang balik guna apa?

Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku.

Aku ingat lagi kereta Proton Perdana abah aku dengan Toyota Vios ibu aku.

Bila aku cakap, โ€œEh, ni kereta ibu dengan abah.โ€ Diorang marah cakap bukan. Ni kereta diorang sebab diaorang tolong bayarkan, kalau tak, kereta kena tarik.

Aku waktu tu cakap, kereta ni ibu dengan abah punya. Arwah ibu dengan abah cakap dah habis bayar. Tapi diorang cakap, arwah ibu dan abah aku menipu.

Balik tu diorang bagi aku berapa? 100 ringgit sahaja.

Jadi tahun demi tahun aku memang tak puas hati.

Setiap kali balik, aku nampak makcik pakcik aku dengan anak dia, hidup makin mewah.

Tapi aku?

Sepanjang duduk situ, baju baru setakat baju raya. Yang lain? Baju yang orang kampung situ derma.

Habis SPM, makcik pakcik aku suruh sambung belajar dekat Kelantan. Tapi waktu ni aku menipu cakap dah apply Kelantan dengan Terengganu. Padahal aku apply dekat selatan tanah air. Aku nak balik rumah aku dekat Johor.

Waktu diterima masuk belajar di selatan tanah air, aku pergi senyap-senyap bawa beg dokumen. Aku cuma ada duit yang aku kumpul dalam tabung. Semua tak tahu aku belajar di mana.

Aku pergi rumah lama. Tengok ada keluarga lain duduk situ.

Sambil belajar, aku fikir apa yang aku nak buat.

Itu tak termasuk aku kena kerja part time sebab nak cari duit belanja.

Masa umur aku 20 tahun, waktu ni era Facebook tengah rancak, aku nampak post satu peguam ni. Dia kongsi cerita pasal situasi yang hampir sama dengan aku.

Aku pun PM peguam tersebut dan cakap aku ada masalah sama macam tulisan dekat wall Facebook dia. Jadi lepas seminggu, dia pun datang Johor dan jumpa aku.

Aku pun explain satu persatu situasi aku. Aku waktu tu cuma mampu bagi dia dalam 200 ringgit untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal.

Tapi peguam tersebut cakap tak apa. Bayaran nanti selesaikan.

Jadi lepas 2-3 hari, aku pun tunjuk dia rumah arwah ibu dan abah aku. Lepas tu tunjuk rumah sewa, kereta dan motor.

Jadi peguam ni cakap, dia akan buat kira-kira dan kertas kerja.

Dalam 2 minggu, kami jumpa balik.

Rumah tu sebenarnya dah di jual 7 tahun lepas. Harga dalam RM 820,000.

Bab rumah sewa p**a, katanya sebelum ni memang arwah ibu aku sewakan harga RM400. Tapi bila disiasat, rupanya tahun ibu dan abah aku meninggal, makcik pakcik aku dah naikkan harga RM500 sebulan. Dan 2 tahun selepas itu, naik RM550 dan sekarang dah RM650 sebulan.

Bila check bahagian kereta p**a, memang sah ibu dan abah aku dah habis bayar. Yang satu tu 7 tahun dah habis bayar dan lagi satu tu hanya perlu bayar lagi 7 bulan.

Motor Harley Davidson tak tahu sebab aku tak ingat nombor plat. Jadi tak boleh cari.

Tapi yang paling penting, selama ni aku tak tahu, di sebabkan kematian arwah ibu dan abah di tempat kerja, mereka dapat pampasan berjumlah RM720,000.

Aku waktu dengar tu memang terkejut. Sebab selama ni aku tak tahu.

Wang pampasan tu sepatutnya makcik dan pakcik aku kena serahkan bila umur aku dah capai legal age 18 tahun.

Makcik pakcik aku tak pernah bagitahu.

Kau bayangkan, setahun selepas arwah ibu dan abah meninggal, makcik pakcik aku dapat wang pampasan banyak tu.

Aku? Tak dapat langsung. Yang dapat, itulah RM100 setiap kali diorang balik cuti raya.

Lepas 6 bulan, aku siapkan segala dokumen, akhirnya aku buka kes.

Waktu ni lah aku baru nampak balim muka makcik pakcik aku. Mereka cakap, kenapa nak pergi mahkamah apa semua.

Ambil masa 5 tahun juga nak dapat balik hak aku.

Kereta kena p**angkan balik dekat aku.

Lepas tu, kena p**angkan balik duit pampasan RM720,000 dengan tambahan RM50,000.

Duit dari sewa rumah sebanyak RM150,000.

Kena bayar juga duit penjualan rumah 100%.

Semua ni makcik pakcik aku kena lakukan dalam masa 5 bulan.

Waktu ni, barulah makcik pakcik aku datang merayu-rayu. Tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diorang makan tu sepatutnya duit aku.

Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai umur 23 tahun, duit yang aku dapat dari jumlah semua sekali, dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2,000,000 (dua juta), aku cuma dapat dalam RM1,000.

Keluarga diorang hidup senang. Emas berderet. Anak-beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku.

Tapi aku? Cuma dapat RM1,000.

Maksu aku dengan nenek aku pun dapat setiap bulan setakat 2-3 ratus.

Lepas setahun, diorang bergadai segala benda. Bankrup.

Akhirnya, aku dapat balik harta yang sepatutnya jadi milik aku.

Itupun setakat 80%.

Diorang kena penjara. Anak beranak diorang waktu tu, macam-macam maki aku. Cakap yang aku ni tak sedar diuntung sebab mak ayah dioarang jaga aku. Kalau tak, aku merempat.

Aku lawan balik kata-kata makian diaorang. Kalau tak sebab duit aku, dioarang ni duduk rumah setinggan satu bilik.

Sebab selama ni, masa ibu abah masih hidup, diorang anak beranak hidup menyewa di setinggan. Tapi lepas dah ambil duit milik aku, terus hidup rumah teres besar 2 tingkat.

Tiba tiba cakap aku tak bersyukur kena jaga? Yang jaga tu maksu dengan nenek aku.

Lepas lebih kurang 5 tahun, turun naik mahkamah, akhirnya selesai.

Aku sendiri bagi bayaran 10% dari semua tuntutan aku tadi, dekat peguam aku. Sebab bagi aku, kalau dia tak tolong, memang sampai sekarang aku tak dapat balik harta itu semua.

Kes p**a bukan sekejap. Hampir 5 tahun aku turun naik dengan peguam ni.

Aku sendiri dah pindah Selangor dengan nenek dan maksu aku. Dah berkahwin pun.

Aku selalu dapat mesej, call, pm Facebook, anak-anak makcik pakcik aku, maki-maki aku dengan bermacam kata makian.

Ada yang siap cakap duit tu semua hak mak ayah diorang sebab dah tolong jagakan.

Hakikatnya, bila aku tanya peguam yang bantu aku, kes macam ni dah banyak dia handle. Termasuk kes aku, 10 kes, situasi lebih kurang sama.

Harta yang sepatutnya jadi hak orang lain tapi dinikmati orang lain.

Sumber โ€“ Sam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Aliyah Adon

โ€œSesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).โ€

๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐€๐๐€ ??โ€ข- Majoriti rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000 !! Ini merupakan info yang sangat menyedi...
05/02/2023

๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐€๐๐€ ??
โ€ข
- Majoriti rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000 !! Ini merupakan info yang sangat menyedihkan.
โ€ข
- Manakala hanya 20% rakyat Malaysia yang mempunyai wang kecemasan simpanan 3 bulan Gaji.
โ€ข
- Hanya 10% yang mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan gaji sebagai simpanan.
โ€ข
- 17% Sahaja Yang Memiliki Perlindungan TAKAFUL
โ€ข
Statistik ini tidak jauh bezanya dengan sebelum-sebelum ini. Ia bukan berlaku hanya disebabkan pendemik dan PKP semata.
โ€ข
Majoriti masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Ia datang secara "Ansuran".
โ€ข
Contohnya orang yang mempunyai masalah simpanan, bermakna selama ini dia langsung tidak mempunyai tabiat menyimpan.
โ€ข
Jika tabiat menyimpan ini diamalkan daripada muda, contohnya 100 sebulan, tak sampai setahun sudah ada 1000, dalam akaun simpanan.
โ€ข
Kenapa tidak mampu menyimpan ?
Bukan tidak mampu, tapi tidak ada kesedaran dan tindakan kenapa perlu menyimpan.
โ€ข
Kita lebih cenderung untuk berbelanja setiap kali dapat gaji dan hasilnya tiada simpanan dibuat di hujung bulan.
โ€ข
Jadi, masalah majoriti rakyat Malaysia bukanlah tidak ada simpanan, tetapi tidak ada tabiat menyimpan yang betul.
โ€ข
Sama juga dengan masalah keberhutangan yang tinggi. Ia bukan berlaku secara tiba tiba.
โ€ข
Orang yang mempunyai masalah hutang, "dipupuk" tabiat tersebut sejak daripada kali pertama dapat Gaji.
โ€ข
Contohnya apabila sejak muda hendak memiliki kereta melebihi setahun Gaji apabila terpengaruh dengan orang lain. Mula-mula hutang kereta, selepas setahun tidak ada duit untuk bayar renew road tax dan takaful kereta, kita apply kad kredit. Buat hutang baru.
โ€ข
Selepas itu, kita bayar hutang kad kredit paling minima sehingga ia mencecah limit. Selepas beberapa tahun apply p**a personal financing 10 tahun untuk buat total settlement Hutang Kad Kredit.
โ€ข
Ia hanya gali lubang tutup lubang. Masalah kewangan tidak selesai juga, malah bertambah-tambah.
โ€ข
Apabila berlaku begini, kita akan cenderung untuk menyalahkan pihak lain. Kita menyalahkan Gaji tak cukup, menyalahkan majikan, menyalahkan kerajaan. Pendek kata, semua salah orang lain kecuali diri sendiri ๐Ÿ˜….
โ€ข
Jom pakat pakat berubah atoq semula kewangan dan perbelanjaan kita utk kebaikan semua. Tak reti !! Xpa, Harini kami ready utk bantu semua berkongsi Ilmu Penyatuan Hutang & Penyatuan Simpanan.. Insya Allah ๐Ÿซถ๐Ÿผ
โ€ข

Apa jadi kalau ambil Takaful tapi jadi macam dua situasi ni? โ€˜๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข?โ€™ โ€˜๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข...
03/01/2023

Apa jadi kalau ambil Takaful tapi jadi macam dua situasi ni?

โ€˜๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข?โ€™
โ€˜๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ด, ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ฆ ๐˜ฌ๐˜ฆ?โ€™ ๐Ÿค”

Jangan risau, pilih plan yang betul barulah dapat manfaat walaupun dalam dua situasi ni. Ayat mudahnya, DUIT TETAP DAPAT.

๐Ÿ’ฅHANYA DI FWD TAKAFUL ๐Ÿ’ฅ

โœ… ๐™Ž๐™–๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฉ DUIT
โœ… ๐™๐™–๐™  ๐™จ๐™–๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฉ 100% ๐˜พ๐˜ผ๐™๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡๐™„๐™†

Contoh 1:

Encik Farid ambil Plan ini dengan perlindungan sebanyak RM500,000.

Ditakdirkan satu hari dia kemalangan dan dimasukkan ICU selama 7 hari. Maka secara automatik dia dapat claim RM250,000. Akibat daripada kemalangan itu, kaki kanannya lumpuh kekal. Dia dapat lagi claim RM250,000. Jumlah yang Encik Farid terima adalah RM500,000, 100% daripada manfaat perlindungan polisi beliau.

Contoh 2:

Encik Wahid yang berumur 35 tahun, juga mengambil plan yg sama dengan perlindungan RM100,000 selama 20 tahun.

Alhamdulillah, Encik Wahid sihat walafiat sepanjang tempoh perlindungan. Pada umur nya 55 tahun, Encik Wahid dapat 100% duit caruman beliau selama ini.

๐—•๐—ฒ๐˜€๐˜ ๐—ธan ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ถ.
๐—จ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ. ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚?

๐Ÿ’ฅ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™‹๐™€๐™‰๐™๐™„๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™๐™„๐™ ๐˜พ๐˜ผ๐™๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐Ÿ’ฅ

Selamat Tahun Baru 2023.
02/01/2023

Selamat Tahun Baru 2023.

27/12/2022

Orang yang nak jadi ahli syurga... hatinya mesti bersih dari perasaan...
Hasad
Dengki
Iri
Benci
Sentiasa maafkan orang
Sentiasa doakan orang
Sentiasa sabar bila diuji
Sentiasa redha dengan ujian
Sentiasa Ikhlas dengan amalan
Mampukah kita jadi ahli syurga?
Layakkah kita jadi ahli syurga?
Sedangkan hati kita masih diselaputi dengan penyakit-penyakit hati walau sebesar zarah?
Hati itulah tempatnya fulan bin fulan Allah nilaikan.
Marilah bersihkan hati. Kayakan jiwa. Untuk merealisasikan diri kita sebagai "bakal ahli syurga"
Mudah-mudahan Allah pilih kita. Aamiin
Nora Yusof.

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanim Hibah Specialist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hanim Hibah Specialist:

Share