05/10/2023
Rezeki ibarat Hadiah yang dibalut?
Nad nak share sikit apa yang Nad dapat dari salah satu bab dalam buku Rahasia Magnet Rezeki.
Tuan penulis mulakan dengan suatu pertanyaan.
Katakan dia ada gula-gula dalam dua belah poketnya.
Dia mula-mula keluarkan gula-gula yang tak berbalut dan beri pada kita.
Agak-agak kita nak terima ke tak?
Mesti tak kan? Geli nak makan.Ntah ada apa dalam poket tu, habuk2. hehe.
Dia keluarkan p**ak satu lagi gula-gula dari poket satu lagi. Kali ni siap berbalut elok.
Kalini kita nak ambik tak?
Mesti nak kan sebab kalini berbalut elok, mesti bersih.hehe. Nampak ikhlas la sikit nak bagi kita.
Sebenarnya, bila kita nak makan gula-gula tu kita kena buka jugak kan pembalutnya?
Kenapa kita tak mau ambik yang pertama dia offer tu? Kan boleh terus makan je?
Tapi..
Rasa macam tak best kan?
Macam, 'Aish, dia ni ikhlas ke tak, nak bagi gula-gula ni. Kotor je cam tak ikhlas je bagi yang takde pembalut. Eee'
Kata Ustaz, rezeki ni ibarat hadiah yang Allah bagi siap dengan bungkusan/dibalut.
Selalunya bila Allah nak bagi kita hadiah rezeki, ia beserta 'bungkusan/pembalut'.
Bungkusan tu kita tak perlu pun kan sebenarnya? Tapi, benda tu yang buat kita rasa best dan menghargai isi di dalamnya.
Betul ke betul?
Sama macam orang bagi kita hadiah birthday la.
"Sorry la beb, aku tak sempat balut hadiah kau tadi.Nah hadiah kau"
Best tu best lah dapat hadiah, tapi kalau balut elok, mesti lagi best dan lagi di hargai kan?
Analoginya, sebelum kita dapat hadiah atau rezeki dari Allah, kita akan dapat 'bungkusannya' dulu. (balutan hadiah).
Contoh : Allah nak bagi kita hadiah rumah, Allah bagi 'bungkusan' nya, dengan apply loan tak lulus-lulus. Pergi sana sini nak cari duit nak bayar rumah yang kita nak tapi tak dapat. Tapi sebab kita 'berjaya' buka 'bungkusan' tu (dengan bersabar), Allah hadiahkan hadiah sebenar iaitu sebuah rumah dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Bermakna, bila kita diduga dengan sesuatu, mungkin itu 'bungkusan' yang Allah hantar sebelum kita dapat ambil hadiah yang sebenarnya.
Indah caturan Allah ni kan?
Harap ada yang dapat mengambil manfaat dari cerita ini.
“Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah, ayat 5).
p/s : Bila diuji, be positif yang ujian ini beserta hadiah yang nak datang https://t.me/gandakankekayaanmu/298