28/04/2020
Memang ini adalah suatu realiti yg amat pahit perlu ditempohi oleh beberapa individu di waktu kegawatan ekonomi yg berlaku sekarang ni. Namun begitu b*k pengajaran yg boleh kita ambil supaya kita emerge stronger selepas mengharungi ombak badai yg melanda skrg ni. Harapnya tip-tip ini boleh membantu:
1. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.
2. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapatla kumpul RM12,000 atau mungkin lagi lebih.
3. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat penstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.
4. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk penstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.
5. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.
6. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.
7. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.
8. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.
9. Mungkin ada yang berkira2 utk terminate semua polisi2 insurans. Jika kita masih mendapat income pun kita risau tak boleh membayar bil hospital apa yg membuatkan kita yakin yg kita boleh bayar bil hospital bila tiada income. So amatlah tidak digalakkan. Bincang dgn ajen semula utk struktur semula polisi2 tersebut
Moga kita semua come out dpd situasi ini stronger than ever before
Beliau yang bermula dari bawah dengan Hin Leong Trading pada tahun 1960-an, kini jatuh tersungkur kerana tak mampu nak bayar balik hutang