27/06/2026
ARTIKEL BERITA HARIAN: SSM TAWAR PENGURANGAN KOMPAUN HINGGA 98.75% MELALUI KEMPEN PEMULIHAN
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerbitkan satu artikel bertajuk “SSM Tawar Pengurangan Kompaun Hingga 98.75% Melalui Kempen Pemulihan” di akhbar Berita Harian pada 21 Jun 2026.
Artikel ini mengetengahkan pelaksanaan Klinik Pematuhan dan Kempen Pemulihan SSM 2026 yang bertujuan membantu syarikat mengatasi isu ketidakpatuhan dokumen statutori serta meningkatkan tahap pematuhan korporat.
Artikel ini turut menerangkan manfaat Kempen Pemulihan yang menawarkan pengurangan kompaun antara 90% hingga 98.75% bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat 1965, selain memberi peluang kepada syarikat untuk melaksanakan tindakan pemulihan secara lebih teratur dan berkesan.
Diharapkan agar semua dapat meluangkan masa untuk membaca artikel yang dilampirkan serta membantu menghebahkan maklumat ini kepada pihak berkepentingan yang berkaitan.