03/12/2021
BELI SEMASA MURAH
==================
Bila berbincang tentang pelaburan, semua akan setuju jika beli semasa murah, jual balik semasa mahal. Baharulah dapat menikmati keuntuntan yang maksimum.
Tanah, rumah, emas malah unit amanah semua ada harganya. Semuanya ASET. Terkadang semakin tunggu semakin harganya naik. Namun, tanpa diduga harganya turun. Dengan pasaran yang tidak menentu, s**ar untuk menjangka harta sesuatu barang atau komoditi.
Emas, dari dulu orang kata mahal..sekarang pun harganya mahal. Jadi emas sememangnya selalu mahal. Namun jika disimpan sedikit-sedikit seperti 1gram lama akan jadi 10gram malah 1kg.
Unit amanah p**a, ada kos dan risiko tersendiri. Namun p**angannya juga agak tinggi selari dengan risiko. Kelebihannya, ada pengurus dana yang menguruskannya. Cuma perlu yakin dan kekalkan momentum pelaburan 3-7 tahun. Rujuk prospektus atau sejarah statistik dana. Pahami sektor dan peruntukkan yang terlibat. Seperti contoh, 'digitalisation', 'e commerce', 'feeling good', adalah sektor-sektor yang akan memberikan p**angan yang tinggi di masa hadapan.
Simpan atau labur setiap bulan untuk mengurangkan kos dan pemurataan harga dapat dinikmati oleh pelabur.
Jika harga turun, tambah lagi simpanan pelaburan. Elakkan kerisauan dan tunggu harga naik. Turun naik harga pasaran itu biasa.
Bila harga capai maksimum, jual dan nikmati keuntungan!